Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC: Hati-Hati Ketika Melayari Laman Cari Teman, Berdepan Risiko Scam Percintaan

MCMC Siasat Aplikasi Sugarbook

Diterbitkan Februari 15, 2021 · Dikemas kini Februari 15, 2021 oleh Amalina Athman

Baru-baru ini, tular di media sosial Malaysia berada pada kedudukan ketiga tertinggi di Asia yang mempunyai  bilangan ‘sugar daddy’ paling ramai melalui aplikasi Sugarbook, yang menyediakan platform mencari perempuan simpanan atau lebih dikenali sebagai ‘sugar baby’.

Terkini, memetik laporan Berita Harian, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah memulakan siasatan ke atas aplikasi Sugarbook yang didakwa mempromosikan gaya hidup tidak bermoral itu.

Pengerusi MCMC, Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek berkata siasatan kini menjurus untuk mengenal pasti sama ada aplikasi itu berdaftar di Malaysia atau ia hanya diguna pakai di negara ini, sebelum tindakan lanjut dilakukan.

Tambahnya, tiada had masa yang ditetapkan untuk siasatan terbabit serta pihaknya perlu meneliti beberapa aspek secara menyeluruh. Siasatan akan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) jika benar aplikasi tersebut mempromosi aktiviti pelacuran berikutan MCMC tidak mempunyai peruntukan dalam perkara itu.

Di sisi yang lain, PDRM juga telah menerima laporan dari sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berhubung isu sama. IPTA/IPTS turut dialu-alukan untuk tampil membuat laporan polis jika mempunyai maklumat berkaitan.

Sumber: 1, 2

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY