Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC IPOH_

Elak Kongsi Gambar, Video Mangsa Tragedi Di Ipoh – MCMC

Diterbitkan Disember 18, 2023 · Dikemas kini Disember 18, 2023 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihati orang supaya tidak berkongsi gambar atau video mangsa yang terlibat dalam tragedi membabitkan seorang pelajar sekolah di Meru, Ipoh.

Berkaitan

  • MCMC Respon Terhadap Permohonan Turunkan Kandungan Di Meta Dan TikTok
  • Kerajaan Pertimbang Ambil Tindakan Jika Telco Kenakan Caj Tambahan Akses 5G

MCMC menyatakan perkongsian gambar atau rakaman video mangsa tidak hanya melukakan perasaan keluarga mangsa, tetapi juga melanggar prinsip dan etika asas. Lanjutan itu, setiap individu harus membuat pertimbangan sewajarnya untuk tidak menyebarkan gambar atau kandungan berkaitan tragedi berkenaan.

Jika telah memuat naik atau berkongsi gambar atau video daripada kejadian itu, pengguna media sosial disarankan untuk menurunkan hantaran atau memadam kandungan berkenaan.

MCMC menegaskan sebarang perkongsian yang melibatkan gambar atau video tragedi tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Selain itu, semua pihak turut dinasihati untuk tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan kes masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY