Berdasarkan laporan kelajuan rangkaian mudah alih 4G di Malaysia, terdapat 5 penyedia telekomunikasi utama di Malaysia. Laporan itu juga merangkumi 5 perkara iaitu:
- Peta liputan jalur lebar mudah alih (seluruh negara)
- Kelajuan Muat turun (purata)
- Kelajuan Muat Naik (purata)
- Latensi (purata)
- Pengalaman video (kualiti pada peranti mudah alih berdasarkan kelajuan muat turun)
Bagi purata kelajuan muat turun, Maxis mempunyai kelajuan terpantas dengan purata 29.92Mbps, sementara kelajuan muat naik adalah 12.67Mbps. Di tangga kedua dan ketiga muat turun adalah Digi dan Celcom dengan masing-masing 28.79Mbps dan 20.23Mbps.
Selain itu, MCMC turut mengadakan kajian mengenai rangkaian 3G. Dari senarai tersebut, Celcom mempunyai purata muat turun 4.62Mbps, diikuti dengan Digi dan Maxis masing-masing 4.55Mbps dan 4.25Mbps.
Bagi penyedia telekomunikasi YTLC (YES), syarikat itu gagal mengemukakan sumber data pengguna.
Untuk laporan penuh mengenai kelajuan rangkaian di Malaysia bagi separuh pertama 2020, layari pautan ini.
Berkaitan
- CES 2021: Rekaan LG Rollable Diperlihatkan, Hadir Dengan Paparan Boleh Gulung
- BNM Lancar Kempen e-Duit, Sasar Tingkatkan Penggunaan e-Pembayaran
- Pasukan Petugas Khas Bakal Ditubuhkan Untuk Kenal Pasti Isu Keselamatan Siber
- CEO Telegram Dakwa Apple Lengahkan Kemas Kini Aplikasi Itu
- PRU15: SPR Maklum Punca Bagi Gangguan Akses Aplikasi Dan Portal MySPR Semak
- Nothing Sahkan Produk Pertama Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi
- Qualcomm Dilaporkan Telah Menerima Lesen Untuk Menjual Cip Kepada Huawei
- Xiaomi Mi 10i Akan Dilancarkan Pada 5 Januari Depan
- Epic Games Kini Senaraikan Fortnite Pada Google Play Store
- MCMC Keluar 112 Kompaun Bernilai Lebih RM4 Juta Sepanjang Tahun 2022