Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC Sekat 6,381 Laman Sesawang Judi Dalam Talian

MCMC Sekat 6,381 Laman Sesawang Judi Dalam Talian

Diterbitkan Februari 6, 2023 · Dikemas kini Februari 6, 2023 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan sejumlah 6,381 laman sesawang judi dalam talian telah disekat, bagi tempoh antara 2020 sehingga akhir 2022.

Berkaitan

  • Elak Sebar Kandungan Undang Ketegangan Masyarakat - MCMC
  • MCMC Sekat 1.8 Bilion Nombor Panggilan 'Scam' Sejak 2017 - Fahmi Fadzil

MCMC memberitahu, dalam hal ini pihak PDRM menjalankan tindakan dan penguatkuasaan manakala pihak MCMC pula berperanan dalam memberikan bantuan teknikal kepada PDRM, termasuklah pembekalan maklumat dan sekatan laman sesawang berunsur perjudian berdasarkan permohonan rasmi daripada pihak PDRM.

Sementara itu, sejumlah 212,399 talian telefon termasuk talian mudah alih dan tetap yang menghantar SMS spam meragukan seperti mempromosikan judi dalam talian, pinjaman tidak berlesen dan lain-lain telah ditamatkan perkhidmatannya bermula 2020 sehingga 2022.

Dalam pada itu, MCMC menyatakan pengguna secara umum juga boleh memainkan peranan untuk turut sama dalam usaha menyekat aktiviti promosi judi dalam talian, antaranya dengan melaporkan kepada pihak MCMC supaya pembatalan talian dapat dilaksanakan dengan kerjasama syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi.

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
©2026 WISER.MY