Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
capaian internet batang kali

MCMC Dan Penyedia Perkhidmatan Selesaikan Isu Capaian Telekomunikasi Di Batang Kali

Diterbitkan Disember 19, 2022 oleh Amalina Athman

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh di Tapak Perkhemahan dan Kemudahan Father’s Organic Farm di Batang Kali yang melibatkan hampir 100 mangsa. Sejurus kejadian, Pasukan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) bersama jabatan dan agensi-agensi terlibat terus digerakkan ke lokasi kejadian.

Terbaharu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan pihaknya telah menggerakkan Emergency Disaster and Response Team (EDRT) pada 16 Disember 2022 dengan mengarahkan penyedia perkhidmatan utama TM, Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile untuk segera menganalisa dan menggerakkan aset-aset komunikasi di tempat kejadian.

Dinyatakan, ia bertujuan bagi memastikan ketersediaan perkhidmatan telekomunikasi berada dalam keadaan terbaik di kawasan bencana.

Berkaitan

  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • MCMC Jenamakan Semula Program 'Mobile e-Waste' Kepada 'KITAR'

Selain itu, MCMC juga telah meminta bantuan dari pihak NGO iaitu Malaysian Amateur Radio Emergency Service (MARES) bagi menyediakan komunikasi alternatif dengan menggunakan teknologi radio amatur bagi kegunaan para penyelamat berhubung secara pantas.

Sehingga 17 Disember 2022, kemudahan komunikasi telah disediakan di tapak bencana, di mana semua penyedia perkhidmatan terlibat berjaya memberikan perkhidmatan masing-masing melalui Coverage on Wheels (COW).

Pemantauan MCMC juga mendapati kesemua penyedia perkhidmatan telah mencapai kualiti liputan selular melebihi 50Mbps. Sebagai tambahan, pihak TM turut menyediakan perkhidmatan Unifi percuma berkelajuan 800Mbps di khemah ATM, APM, JBPM dan PDRM. Manakala, satu Access Point sama juga telah diletakkan di Trak Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) selaku penyelaras kepada pengamal media.

Dalam pada itu, MCMC turut menzahirkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa keluarga tragedi tanah runtuh berkenaan.

Gambar utama: BERNAMA

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY