Langkah ini diambil berikutan menerima aduan daripada orang awam. Adakalanya di beberapa kawasan, sambungan internet bagi beberapa perkhidmatan berada pada tahap yang teruk. Sebaliknya berlaku sebaik sahaja beredar dari kawasan tersebut.
Perkara ini dipandang serius kerana ia menyekat hak pengguna untuk memilih perkhidmatan telekomunikasi.
https://twitter.com/SKMM_MCMC/status/1295178552346738690
Oleh itu, semua syarikat penyedia perkhidmatan, pemaju hartanah dan syarikat pengurusan bangunan disaran untuk mengambil langkah-langkah pemulihan bagi mengatasi isu tersebut. Jika gagal, MCMC bakal mengambil tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dan/atau Akta Persaingan 2010.
Dalam pada itu, MCMC baru-baru ini telah mengeluarkan Garis Panduan Infrastruktur Komunikasi (GPP-I) dimana ia melarang sebarang perjanjian eksklusif antara syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan pemaju hartanah ataupun syarikat pengurusan bangunan.
Ia juga adalah sebagai usaha untuk memberi manfaat kepada pengguna dalam memilih penyedia perkhidmatan berdasarkan kepada kualiti perkhidmatan atau harga yang berpatutan.
Berkaitan
- Siri Huawei P50 Pada Tahun Hadapan Dijangka Tidak Akan Menggunakan Cip Kirin
- Sony Kongsi Rekaan PlayStation 5, Hadir Dengan Dua Versi
- Facebook Alami Masalah Teknikal, Bilangan 'Followers' Berkurang
- Rangkaian Rockstar Diceroboh, Sahkan Rakaman 'Gameplay' GTA 6 Yang Tertiris
- Secure2u Pada Aplikasi MAE Kini Ditambah Baik Dengan Tempoh Pengaktifan 12 Jam
- Data Setengah Bilion Pengguna LinkedIn Bocor, Dijual Dalam Talian
- Pasaran PC Semakin Perlahan, Intel Dilapor Akan Buang Ribuan Pekerja Seawal Bulan Ini
- Google Kesan 18 Kerentanan Pada Modem Exynos, Sejumlah Peranti Android Mungkin Terjejas
- realme Umum Pengecasan 125W UltraDart, Pengisian 33% Bateri Dalam Tempoh 3 Minit
- vivo Belum Ada Perancangan Untuk Menawarkan OriginOS Bagi Pasaran Global