Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fahmi Fadzil_-z

RUU Keselamatan Siber Dijangka Akan Dibentang Akhir Tahun Ini

Diterbitkan Ogos 15, 2023 ยท Dikemas kini Ogos 23, 2024 oleh Amalina Athman

Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Siber dijangka akan dibentangkan pada akhir tahun ini.

Berkaitan

  • RUU Keselamatan Siber Akan Digubal Segera - PM

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) sedang merangka undang-undang itu untuk dibawa kepada Jemaah Menteri dan ia dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini atau selewat-lewatnya awal tahun depan.

Dalam pada itu, Fahmi turut menjelaskan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedang menilai keperluan mewujudkan jawatan pegawai perlindungan data dalam organisasi, melalui pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi (Akta 709), bagi melindungi data peribadi individu.

Jelasnya, perkara itu antara yang akan dipertimbangkan dalam pindaan akta, yang dijangka akan dibentang di Parlimen seawal Oktober ini.

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara memutuskan agar satu Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Siber digubal dengan segera, bagi memastikan aspek perundangan yang berkaitan dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

Sumber dan gambar utama: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY