Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC Buka 20 Kertas Siasatan, Celcom dan Unifi Mobile Antara Yang Dikenakan Kompaun

MCMC Buka 20 Kertas Siasatan, Celcom dan Unifi Mobile Antara Yang Dikenakan Kompaun

Diterbitkan Mac 15, 2022 oleh Anis Maisarah

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah membuka sebanyak 20 kertas siasatan ke atas pembekal perkhidmatan mudah alih negara. Ia berdasarkan aktiviti audit pengukuran kualiti perkhidmatan yang dijalankan sepanjang tahun 2021.

Kompaun telah dikenakan kepada rangkaian telekomunikasi Celcom kerana gagal mencapai piawaian di Sabah manakala rangkaian telekomunikasi Unifi Mobile pula dikenakan kompaun kerana gagal mencapai piawaian yang sepatutmya di Melaka dan Pahang.

Hal ini adalah untuk memastikan rakyat dapat menikmati kemudahan akses internet 4G yang memuaskan untuk penduduk luar bandar dan pedalaman. Selepas perkhidmatan 3G ditamatkan, sepatutnya rangkaian telekomunikasi bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam menaik taraf kualiti internet di kawasan yang berkaitan.

Setakat ini, dua kompaun telah dikenakan oleh MCMC dengan satu kompaun yang bernilai sebanyak RM 60,000 dan RM 20,000 untuk satu lagi kompaun yang sedang diproses.

Menurut Timbalan Menteri MCMC, Datuk Zahidi Zainul Abidin, sebanyak 2,175 menara baharu akan dibina melalui Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA). Ia bertujuan untuk meluaskan lagi liputan 4G di kawasan luar bandar dan pedalaman. Oleh itu, semua rakyat dapat menikmati penggunaan perkhidmatan internet dengan baik di seluruh negara.

Sumber : Bernama

Baca juga :

  • MCMC Perlu Pastikan Syarikat Telekomunikasi Bagi Kualiti Perkhidmatan Terbaik – Annuar
  • MCMC Simpati Kepada Pelajar Yang Terpaksa Mendaki Bukit Bagi Mendapat Capaian Internet Di Pakan, Sarawak
  • TM Terima Tawaran MCMC Untuk Spektrum Jalur 2600MHz Pada Harga RM37 Juta

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY