Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mungkin Selepas Ini Telefon Pintar Ada Kemas Kini Sekuriti Sehingga 7 Tahun

MCMC Perlu Pastikan Syarikat Telekomunikasi Bagi Kualiti Perkhidmatan Terbaik – Annuar

Diterbitkan Februari 28, 2022 oleh Amsyar Latif

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) baru-baru ini mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk melakukan pemantauan secara rambang terhadap syarikat telekomunikasi (telco).

Tujuannya adalah untuk memastikan syarikat telco sentiasa memberikan kualiti perkhidmatan komunikasi pada paras terbaik.

Menurut menterinya, Tan Sri Annuar Musa, perkara tersebut perlu dilakukan kerana jika perkhidmatan telekomunikasi tidak baik, ia akan merencatkan penggunaan digital dan teknologi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Katanya, kelajuan internet di bawah 20Mbps membuatkan rakyat berasa kekangan dalam menggunakan peranti mereka.

Tambahnya lagi, syarikat telco perlu menepati janji mereka dengan menawarkan kelajuan internet seperti mana yang diiklankan serta tidak boleh kurang daripada kelajuan yang ditetapkan kerajaan.

Sekiranya syarikat telco gagal memenuhi kriteria tersebut, MCMC boleh mengenakan kompaun terhadap mereka.

Jika melihat Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), kerajaan mahu meningkatkan infrastruktur digital negara dengan sasaran 96.9% capaian liputan 4G di kawasan berpenduduk serta kelajuan internet 35Mbps menjelang akhir tahun ini.

Sumber: bernama

Baca juga:

  • MCMC Simpati Kepada Pelajar Yang Terpaksa Mendaki Bukit Bagi Mendapat Capaian Internet Di Pakan, Sarawak

  • Rangkaian 3G Yang Masih Berbaki Akan Ditamatkan Sepenuhnya Bulan Depan

  • Nokia Akan Bantu Kerajaan Agar Percepat Pelaksanaan 5G Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY