Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC New Logo_Colour

MCMC Ambil Tindakan Terhadap ISP Yang Tidak Patuhi Akta Komunikasi Dan Multimedia

Diterbitkan Julai 7, 2023 · Dikemas kini Julai 7, 2023 oleh ariff bukhari

Ekoran isu penyalahgunaan kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi yang kian meningkat, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini mengingatkan kepada Pembekal Perkhidmatan Internet (ISP) mengenai kewajipan dan tugas mereka di bawah Seksyen 263 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (”AKM 1998”).

Dalam Seksyen 263 AKM 1998 menegaskan ISP memberi komitmen sepenuhnya untuk menghalang perkhidmatan yang digunakan oleh mereka untuk sebarang kesalahan, dan untuk mencegah kelakuan atau percubaan melakukan kesalahan di bawah undang-undang Malaysia, dan memerlukan komitmen mereka untuk memperuntukkan sumber yang mencukupi dan kepakaran untuk segera memastikan keperluan Seksyen ini dipenuhi.

Dalam seksyen itu juga menuntut ISP untuk memenuhi sebarang permintaan atau arahan daripada MCMC dalam menghalang kelakuan atau percubaan melakukan sesuatu kesalahan dengan mana-mana undang-undang bertulis Malaysia atau sebaliknya dalam menguatkuasakan undang-undang Malaysia, termasuk tetapi tidak terhad kepada, perlindungan hasil pendapatan awam dan pemeliharaan keselamatan negara.

Bagi tujuan ini, ISP turut diminta untuk menyediakan pelan tindakan serta laporan bagi langkah-langkah yang telah diambil untuk menangani isu-isu kandungan dalam talian yang menyalahi undang-undang negara.

Usaha ini memastikan keselamatan maklumat dan untuk mengekalkan integriti rangkaian.

Aspek yang ditekankan adalah penyebaran bahan penderaan seksual kanak-kanak, perjudian dalam talian, kandungan yang menggugat kestabilan kaum dan kepentingan agama serta penghinaan terhadap Institusi Diraja, penipuan dan phishing, penjualan dan promosi dadah dan bahan terlarang, penyamaran, penyebaran maklumat palsu dan berita, dan penjualan produk kesihatan tanpa lesen.

Menurut Seksyen 244 AKM 1998, bukan sahaja organisasi itu sendiri tetapi pengarah juga, ketua pegawai atau individu yang mentadbir sesebuah syarikat mungkin dihadapi pertuduhan jika mereka dengan sengaja melakukan aktiviti jenayah selepas dimaklumkan. Peruntukan ini bertujuan untuk mengelakkan penyalahgunaan platform Internet untuk tujuan yang menyalahi undang-undang.

ISP dijangka akan melakukan pelbagai usaha dalam menangani jenayah di platform mereka dan akan segera menurunkan sebarang jenayah dalam talian, ini berikutan peningkatan jumlah aduan awam yang berkaitan dengan penyalahgunaan kemudahan rangkaian dan kesalahan lain-lain.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Pengguna Perlu Padam Akaun Instagram Jika Ingin Padam Profil Threads
  • CIMB Hentikan Ganjaran Kad Kredit Untuk Transaksi Dengan e-Dompet

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY