Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Threads meta_

Pengguna Perlu Padam Akaun Instagram Jika Ingin Padam Profil Threads

Diterbitkan Julai 6, 2023 ยท Dikemas kini Julai 6, 2023 oleh Amalina Athman

Seperti diketahui, Threads oleh Meta telah pun dilancarkan dengan catatan lebih 5 juta pendaftaran dalam tempoh 4 jam. Boleh dikatakan, aplikasi ini merupakan alternatif kepada Twitter.

Menurut Meta, Threads merupakan sebahagian daripada Instagram. Sebagai sebahagian daripada platform itu, terdapat beberapa perkara mengenainya yang mungkin belum diketahui oleh sebilangan pengguna.

Berkaitan

  • Threads Kini Melepasi 2 Juta Pendaftaran Dalam Tempoh 2 Jam Pertama
  • Threads Kini Tersedia Untuk Semua

Melalui Pusat Bantuan, Instagram menyatakan jika pengguna menyahaktifkan (deactivate) profil Threads, ia tidak menjejaskan akaun Instagram yang digunakan untuk mendaftar aplikasi itu.

Namun, jika akaun Instagram berkenaan dinyahaktifkan, profil Threads juga akan turut terkesan.

Threads deactivate

Tidak hanya itu, pengguna juga perlu memadam akaun Instagram, jika ingin memadam data dan profil Threads.

Jadi, tidak hairanlah jika ia dikatakan sebagai sebahagian daripada Instagram. Lanjutan itu, pengguna mungkin perlu mempertimbang semula beberapa perkara sebelum mendaftar masuk aplikasi Threads.

Walaupun begitu, tidak diketahui jika polisi ini akan berubah pada masa akan datang.

Sumber: Help Centre Instagram

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY