Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Teo Nie Ching_

MCMC Ambil Tindakan Segera Terhadap Penipuan MyPR – Teo Nie Ching

Diterbitkan Disember 24, 2024 ยท Dikemas kini Disember 24, 2024 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching dalam siaran di Facebook berkata pihaknya telah menerima laporan mengenai laman yang mendakwa boleh membantu dalam permohonan MyPR, malah ada yang menjanjikan kelulusan dalam tempoh 21 hari.

Beliau menegaskan aktiviti penipuan tersebut akan disiasat dan pesalah akan dibawa ke muka pengadilan.

Banyak hantaran seperti ini adalah iklan berbayar, yang timbulnya persoalan: bagaimana platform seperti Facebook atau syarikat Meta, boleh membenarkan kandungan seperti itu disiarkan tanpa membuat pengesahan? Ini satu isu pengawasan serius yang menjejaskan keselamatan pengguna.

Menerusi hantaran itu juga, Teo menjelaskan bahawa proses mendapatkan pemastautin tetap di Malaysia adalah suatu proses yang rumit dan panjang, melibatkan pelbagai peringkat dan protokol ketat di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memastikan keselamatan negara, serta adalah mustahil untuk sesiapa tidak mengikut prosedur tersebut atau memberikan jaminan kelulusan dipercepatkan.

Dalam pada itu, beliau menggesa orang ramai untuk terus berwaspada dan mempersoalkan kesahihan perkara yang dilihat dalam talian, terutamanya apabila kelihatan terlalu bagus untuk menjadi kenyataan.

Berkaitan

  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Pusat Respons Scam Kebangsaan Terima 122,603 Aduan Sehingga Ogos
  • Bank Perlu Bayar Balik Kepada Mangsa 'Scam' Jika Cuai - PM
  • Meta Lancar Kempen Kesedaran Anti-Scam Global

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY