Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meta Lancar Kempen Kesedaran Anti-Scam Global

Meta Lancar Kempen Kesedaran Anti-Scam Global

Diterbitkan Disember 12, 2024 oleh Rushsyafizal

Meta mengumumkan pelancaran kempen kesedaran anti-scam global untuk membantu komuniti dalam mengekalkan keselamatan dalam talian sempena musim cuti ini.

Kempen ini menampilkan pelbagai alat keselamatan terkini yang dilancarkan pada tahun ini di seluruh dunia dan di Malaysia melalui Facebook Marketplace, WhatsApp, dan Instagram.

Selain itu, Meta juga berkongsi kajian terkini tentang penipuan dalam talian, tindakan terhadap domain phishing, serta kerjasama bersama rakan industri untuk melindungi pengguna.

Di Malaysia, komitmen Meta terhadap keselamatan dalam talian diterjemahkan melalui program seperti We Think Digital, yang memberi manfaat kepada lebih 1,000 pelajar dari 150 sekolah di 13 daerah pada 2024.

Program ini membekalkan anak muda dengan ilmu dan alatan untuk menangani isu seperti scam dan maklumat palsu.

Meta juga menganjurkan acara Creators IRL, yang melibatkan lebih 30 pencipta kandungan terkenal untuk mempromosikan keselamatan dalam talian.

Kempen yang dijalankan bersama MCMC sejak 2021, telah mencapai jutaan pengguna Malaysia melalui saluran sosial dan kolaborasi bersama pempengaruh.

Tahun ini, Meta turut memperkenalkan kempen pendidikan privasi di WhatsApp, menggalakkan penggunaan alat seperti pengesahan dua faktor untuk melindungi privasi pengguna.

Rafael Frankel, Pengarah Dasar Awam Meta bagi Asia Tenggara, menegaskan komitmen Meta terhadap perlindungan pengguna.

Kami tidak mahu penipuan berlaku di platform kami. Dengan pelaburan dalam teknologi dan alat keselamatan, kami menyeru pengguna untuk lebih berwaspada sepanjang musim perayaan ini, katanya.

Meta terus komited untuk mencipta ekosistem dalam talian yang lebih selamat dan bekerjasama erat dengan kerajaan serta pihak berkuasa demi memastikan rakyat Malaysia dilindungi daripada ancaman scam.

Berkaitan

  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda
  • Dewan Rakyat Lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
  • Google Gemini 2.0 Rasmi, Model AI Lebih Pintar Dan Lebih Pantas
  • [Kemas Kini] ChatGPT Alami Gangguan, Tidak Dapat Diakses Sementara Waktu
  • MDEC Komited Pacu Transformasi Digital PMKS Dan Perkukuh Ekonomi Perkongsian

Sumber: Siaran media Meta

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY