Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC Akan Pastikan Harga 5G Di Bawah Rangkaian Kedua Kekal – Gobind

MCMC Akan Pastikan Harga 5G Di Bawah Rangkaian Kedua Kekal – Gobind

Diterbitkan Julai 29, 2024 · Dikemas kini Julai 29, 2024 oleh Amalina Athman

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memastikan harga 5G di bawah rangkaian kedua kekal pada kadar sedia ada.

Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata harga adalah antara aspek yang telah diambil kira semasa proses penilaian pelaksanaan rangkaian itu.

MCMC prihatin mengenai persoalan ini dan kita telah mengambil langkah untuk memastikan apabila rangkaian kedua diwujudkan, harga yang ditetapkan akan mengikut harga sedia ada. Perkara (itu) dalam perhatian MCMC dan proses (penetapan harga) masih berjalan.

Dalam perkembangan lain, Digital Nasional Berhad (DNB) dan CyberSecurity Malaysia (CSM) juga akan menubuhkan Pusat Ujian Keselamatan Siber 5G Nasional yang akan berfungsi sebagai platform untuk peserta industri mengenal pasti kelemahan, memastikan pematuhan kepada piawaian dan mengenal pasti langkah keselamatan.

Gobind berkata susulan gangguan teknologi global baru-baru ini, syarikat terlibat sama ada Microsoft atau CrowdStrike perlu memberi jaminan bahawa satu audit akan dilaksanakan untuk memastikan sistem terjejas adalah selamat.

Menurutnya, penjelasan mengenai perkara itu akan diberikan setelah menerima laporan daripada pihak terlibat, selain langkah yang akan diambil untuk memastikan perkara yang sama tidak berulang pada masa akan datang.

Berkaitan

  • Proses Peralihan Kepada Model Dwirangkaian 5G Bermula - Menteri
  • MNO Hanya Boleh Berada Dalam Satu Entiti Bagi Rangkaian 5G Kedua - Teo
  • Telco Janji Tiada Kos Tambahan Kepada Pengguna Bagi Rangkaian 5G Kedua - Fahmi

Sumber: BERNAMA

Gambar utama: Gobind Singh Deo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY