McAfee Bukan Sekadar Antivirus, Mahu Fokus Terhadap Perlindungan Data Peribadi

Umum mengetahui McAfee merupakan salah satu perisian antivirus yang popular dan sehingga kini, lebih daripada 375 juta pengguna menggunakannya.

Bagi mengembangkan lagi penawaran sedia ada yang berkisar kepada perlindungan daripada perisian hasad, pada acara CES2018, McAfee telah mengumumkan mereka bakal memberi fokus terhadap perlindungan pencurian identiti.

Idea McAfee adalah menyediakan perlindungan sambungan internet dirumah, keselamatan dalam talian untuk kanak-kanak, privasi dan kini, perlindungan daripada pencurian identiti.

Ciri terbaru dari McAfee membolehkan pengguna mengambil langkah-langkah pemantauan yang meliputi aspek pemantauan peribadi, pemantauan kewangan, dan alat pemulihan.

McAfee turut bekerjasama dengan beberapa syarikat pembangun perisian, pengeluar perkakasan dan penyedia jalur lebar dalam usaha mewujudkan persekitaran yang lebih selamat. Antara produk-produk yang dihasilkan adalah McAfee Identity Theft Protection, McAfee Secure Home Platform, McAfee Safe Family, dan McAfee Safe Connect.

Berdasarkan kaji selidik yang dibuat oleh McAfee, kebanyakkan orang sedar tentang jenayah siber dan mereka bimbang dengan keselamatan data, tetapi mereka tidak proaktif dalam melindungi maklumat dalam talian.

Sumber: VentureBeat

Berkaitan