Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mazda Vision X-Coupe — Konsep PHEV Yang Boleh Tangkap Karbon

Mazda Vision X-Coupe — Konsep PHEV Yang Boleh Tangkap Karbon

Diterbitkan Oktober 30, 2025 · Dikemas kini Oktober 30, 2025 oleh Amsyar Latif

Mazda memperkenalkan dua model konsep baharu di Japan Mobility Show 2025 — Mazda Vision X-Coupe dan Mazda Vision X-Compact di bawah tema “The Joy of Driving Fuels a Sustainable Tomorrow.”

Model Vision X-Coupe menarik perhatian kerana dilengkapi teknologi penangkapan karbon (carbon capture) yang membolehkannya mengurangkan CO₂ daripada udara ketika dipandu.

Mazda Vision X-Coupe — Konsep PHEV Yang Boleh Tangkap Karbon
MAZDA VISION X-COMPACT

Kereta konsep ini menggunakan sistem plug-in hybrid dengan enjin rotary turbo dua rotor digabungkan bersama motor elektrik dan bateri berkuasa tinggi, menghasilkan 510 PS.

Ia mampu dipandu sejauh 160 km menggunakan motor sahaja, dan sehingga 800 km apabila motor dan enjin digunakan serentak.

Mazda Vision X-Coupe — Konsep PHEV Yang Boleh Tangkap Karbon
Teknologi tangkap karbon

Lebih menarik, Mazda turut menggunakan bahan api karbon neutral berasaskan mikroalga bersama teknologi Mazda Mobile Carbon Capture, yang mampu menyerap karbon daripada atmosfera.

Dalam kata lain, semakin jauh anda memandu, semakin banyak karbon berjaya dikurangkan.

Selain itu, Vision X-Compact pula memfokus kepada hubungan manusia dan kenderaan melalui AI empatik yang boleh berbual, mencadangkan destinasi dan membantu merancang perjalanan di mana ia menggambarkan masa depan mobiliti pintar yang lebih mesra pengguna.

Mazda menjelaskan bahawa inovasi ini mencerminkan komitmen mereka untuk mengekalkan semangat “joy of driving”sambil mencapai neutraliti karbon menjelang 2035.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY