Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
hibrid PHEV

Kajian Bongkar Mitos Kenderaan PHEV, Tidak “Sehijau” Yang Disangka

Diterbitkan Oktober 23, 2025 · Dikemas kini Oktober 23, 2025 oleh ariff bukhari

Satu laporan terbaru yang diterbitkan oleh Transport and Environment (T&E), mendedahkan bahawa kenderaan plug-in hibrid (PHEV) sebenarnya mengeluarkan pencemaran hampir sama dengan kereta enjin pembakaran dalaman (ICE) konvensional.

Analisis terhadap 800,000 kenderaan di Eropah antara 2021 hingga 2023 mendapati pelepasan karbon sebenar PHEV didapati hampir lima kali lebih tinggi daripada keputusan ujian makmal.

Walaupun pengeluar mendakwa PHEV 75% lebih bersih, data menunjukkan ia hanya 19% kurang mencemarkan berbanding kereta petrol atau diesel.

Kajian Bongkar Mitos Kenderaan PHEV, Tidak “Sehijau” Yang Disangka
Emisi sebenar PHEV adalah jauh lebih tinggi daripada andaian peraturan, menjadikannya lebih hampir dengan kenderaan ICE daripada yang dijangkakan. Walaupun WLTP menganggarkan PHEV mengeluarkan 75% kurang CO₂ berbanding ICE, data dunia sebenar menunjukkan kadar purata PHEV pada 135 gCO₂/km. Ini bermakna jurang emisi sebenar hanyalah 19%, bukannya perbezaan besar seperti yang difikirkan dalam peraturan semasa.

Selain itu, bateri yang lebih besar menjadikan PHEV lebih berat dan meningkatkan penggunaan tenaga serta bahan api.

Kajian itu turut mendedahkan bahawa ketika mod elektrik digunakan, enjin masih membakar bahan api untuk hampir sepertiga jarak perjalanan kerana motor elektrik tidak cukup kuat untuk beroperasi sendiri.

Kajian Bongkar Mitos Kenderaan PHEV, Tidak “Sehijau” Yang Disangka
Antara PHEV dengan lebih 10,000 pendaftaran pada 2023, Mercedes-Benz GLE-Class menunjukkan jurang pelepasan sebenar tertinggi, melebihi nilai WLTPnya sebanyak 611% (jurang 140.9 gCO₂/km). Land Rover Range Rover dan BMW X5 mengikuti dengan rapat dengan jurang masing-masing 557% (159 gCO₂/km) dan 486% (145 gCO₂/km).

Lebih membimbangkan, PHEV juga menelan kos operasi sekitar €500 (~RM2,450) setahun lebih tinggi daripada yang diiklankan, menjadikannya lebih mahal dan tidak efisien berbanding kereta elektrik (EV) sepenuhnya.

Ekoran itu, T&E memberi amaran bahawa melonggarkan peraturan pelepasan karbon bagi PHEV selepas tarikh akhir 2035 EU akan menjejaskan peralihan kepada EV sepenuhnya.

Berkaitan

  • Toyota Kata 9 Juta EV Sama Mencemarkan Dengan 27 Juta Hibrid
  • Kenderaan Plug-In Hybrid Kini Lebih Banyak Masalah Berbanding EV - Kajian
  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY