Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Maybank2u MY MAE

Maybank2U MY Tidak Lagi Tersedia Di Gedung Aplikasi Bermula 30 Jun

Diterbitkan Jun 11, 2024 ยท Dikemas kini Jun 11, 2024 oleh Amalina Athman

Maybank kini memaklumkan semua kemas kini aplikasi Maybank2u MY akan dihentikan, dan tidak lagi boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery, berkuat kuasa 30 Jun 2024.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Aplikasi CIMB Clicks Dialih Keluar Dari Gedung Aplikasi Bermula 11 Jun
  • Ini Yang Perlu Diketahui Mengenai Pengalihan Keluar Aplikasi CIMB Clicks

Menurut Maybank, jika aplikasi Maybank2u MY masih berada dalam peranti selepas tarikh tersebut, ia masih boleh diakses sekurang-kurangnya buat masa ini. Walau bagaimanapun, pengguna disyorkan berpindah ke aplikasi MAE supaya boleh meneruskan transaksi tanpa gangguan.

Aplikasi MAE juga mempunyai setiap ciri yang sama seperti Maybank2U dan banyak lagi – lengkap dengan fungsi perbankan serta langkah keselamatan yang dipertingkatkan untuk melindungi aktiviti perbankan dalam talian.

Seperti Maybank2u MY, pengguna boleh mengakses semua akaun bank di aplikasi MAE dengan menggunakan ID M2U ketika log masuk.

Muat turun aplikasi MAE boleh dilakukan melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery. Sebagai alternatif, pengguna juga masih boleh mengakses akaun melalui laman web Maybank2u di www.maybank2u.com.my. Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai aplikasi MAE, layari pautan INI.

Di sisi yang lain, CIMB Bank bulan lalu turut mengumumkan langkah yang sama dengan pengalihan keluar aplikasi CIMB Clicks dari gedung aplikasi bermula 11 Jun dan menggantikannya dengan CIMB OCTO.

Sumber: Maybank

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY