Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Maybank Islamic Pilih audax Dan AWS Untuk Pacu Tranformasi Digitalnya

Maybank Islamic Pilih audax Dan AWS Untuk Pacu Tranformasi Digitalnya

Diterbitkan Januari 21, 2025 ยท Dikemas kini Januari 21, 2025 oleh ariff bukhari

Maybank Islamic, bank Islam terbesar di Malaysia dan rantau Asia Pasifik telah mengumumkan perlantikan audax Financial Technology, penyedia penyelesaian teknologi perbankan digital yang disokong oleh Standard Chartered sebagai rakan strategik untuk memacu transformasi perkhidmatan digitalnya.

Dengan sokongan AWS (Amazon Web Services) sebagai penyedia awan, kerjasama ini bertujuan memperkenalkan penyelesaian perbankan digital moden dan mesra pelanggan, dengan produk pertama dijadualkan dilancarkan pada 2025.

audax, yang sebelum ini berjaya membangunkan perkhidmatan Banking-as-a-Service (BaaS) pertama di Asia, akan membawa kepakaran ini kepada Maybank Islamic untuk mempertingkatkan pengalaman pelanggan di pasaran seperti Malaysia, Singapura, Indonesia, dan Filipina.

Melalui kolaborasi ini, Maybank Islamic akan menawarkan produk kewangan Islam yang lengkap melalui saluran digital, termasuk onboarding tanpa kertas, pengurusan akaun yang cekap, dan akses segera kepada perkhidmatan perbankan digital.

audax dalam satu kenyataan berkata, penyelesaian yang dibina di atas infrastruktur awan AWS yang selamat, turut memastikan kepatuhan penuh kepada prinsip kewangan Islam sambil memberikan perkhidmatan yang pantas, boleh dipercayai, dan inovatif.

Berkaitan

  • OPPO Bekerjasama Dengan AWS, Janjikan Storan Awan Lebih Selamat
  • U Mobile Bersama AWS Transformasi Pengalaman Pelanggan Dengan AI Generatif
  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda

Sumber: Siaran media audax

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY