Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Maxis Tambah Data 10GB Kepada Pelan MaxisONE

Posted on Disember 7, 2017

Berita baik buat pelanggan pelan MaxisONE apabila syarikat telco itu dilapor telah menambah kuota data ke dalam akaun pelan mereka.

Sebanyak 10GB data akan ditambah ke akaun pelanggan secara automatik dan difahamkan juga, data tidak akan dibahagikan secara hari biasa dan hujung minggu lagi. Ini bermaksud, pengguna mempunyai 60GB data untuk digunakan sepanjang bulan.

Kemaskini penambahan data adalah seperti berikut…

  • MaxisONE 98 – RM98/ 15GB Hari biasa + 15GB Hujung minggu
  • MaxisONE 128 – RM128/ 40GB
  • MaxisONE 158 – RM158/ 50GB
  • MaxisONE 188 – RM188/ 60GB.

Boleh dilihat hanya MaxisONE 98 sahaja yang dibahagikan antara data hari biasa dan hujung minggu.

Jika pengguna mahu menggabungkannya, bayaran RM10 akan dikenakan dan ia menjadikan langganan sebanyak RM108 bagi 30GB data sepanjang bulan.

Gabungan data boleh dibuat di Maxis Centre ataupun secara panggilan ke 123. Bil bulanan anda akan tertera sebagai Pelan MaxisONE 108.

Untuk maklumat lanjut boleh layari Maxis.

Sumber: Maxis via Lowyat.net

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress