Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5G Home WiFi plans – KV

Maxis Perkenal Pelan 5G Home WiFi Baharu Laju Seperti ‘Fibre’, Harga Bermula RM69

Diterbitkan Mac 7, 2024 · Dikemas kini Mac 7, 2024 oleh ariff bukhari

Maxis memperkenalkan pelan-pelan 5G Home WiFi baharu yang menyediakan aksesibiliti 5G tanpa had untuk kediaman di seluruh negara.

Pelan-pelan baharu ini menyediakan kelajuan mirip fibre di rumah secara wayarles tanpa kerumitan penggerudian atau pemasangan.

Bermula daripada kadar yang berpatutan sebanyak RM69, pelanggan kini boleh ‘plug dan play’ untuk menikmati WiFi 5G segera di mana-mana jua.

Pelanggan mempunyai tiga pilihan, iaitu: Maxis 5G Home WiFi 69, Maxis 5G Home WiFi 99 dan Maxis 5G Home WiFi 139.

Dengan pilihan pelan Maxis 5G Home WiFi 99 dan juga 139, pelanggan Maxis boleh segera menikmati data 5G tanpa had dan kelajuan 5G, dengan penghala 5G percuma yang terbaik dalam kelasnya. Penghala premium ini boleh didapati secara pilihan melalui kontrak bertempoh 24 bulan dan boleh disambungkan kepada sebanyak 30 peranti serentak.

Sebagai alternatif, pelanggan Maxis juga boleh memilih untuk menggunakan pelan SIM sahaja, bermula daripada RM69.

Berikut adalah info keseluruhan pelan Maxis 5G Home WiFi:

pelan Maxis 5G Home WiFi

*Pas Data pilihan tambahan ditawarkan pada harga RM15 untuk 10GB (4G/5G) dan adalah sah untuk tempoh 30 hari. Kesemua pelan di atas juga menyediakan data sandaran 4G tambahan sebanyak 30GB.

Pengguna semasa Maxis Home WiFi yang berminat untuk menikmati pengalaman 5G boleh menaik taraf pakej mereka melalui aplikasi Maxis atau menghubungi talian 123.

Untuk info lebih lanjut tentang pelan baharu Maxis 5G Home WiFi, sila layari www.maxis.com.my.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Cepat Rebut Prabayar CelcomDigi RM54 Sah Untuk Tempoh Setahun
  • Unifi Perkenal Pelan Prabayar UNI5G WOW Baharu, Data 'Tanpa Had' Serendah RM35
  • Ookla Perkenalkan 'Status Rangkaian' Pada Aplikasi Speedtest

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY