Maxis Akhirnya Lancar Pelan 5G, Ini Apa Yang Ditawarkan

Yang dinanti-nanti, penyedia perkhidmatan telekomunikasi Maxis akhirnya mengumumkan pelan 5G buat semua penggunanya.

Tanpa membuang masa, berikut adalah pelan yang ditawarkan dimana meliputi pascabayar, pascabayar business, pascabayar serta prabayar Hotlink dan WiFi.

Pascabayar Maxis 5G




Pelan ini berharga bermula dari RM79 hingga RM199 sebulan yang mana data 4G/5G adalah sehingga 200GB.

Pelanggan turut boleh menikmati data bonus 5G sehingga 100GB serta panggilan dan SMS tanpa had.

Pelan ini juga hadir dengan pilihan mudah dimiliki di bawah Maxis Zerolution, pelan ansuran selama 24/36 bulan - 0% faedah.

Pascabayar Maxis Business 5G


Semua pelanggan pascabayar Maxis business bakal menikmati faedah pelan pascabayar 5G serta dapat data produktiviti tambahan sehingga 100GB.

Malah, Maxis juga menawarkan rebat RM10 sebulan sehingga 12 bulan pada mana-mana pelan pascabayar 5G untuk pelanggan baharu dan pelanggan sedia ada yang mahu naik taraf.

Pascabayar & Prabayar Hotlink 5G




Pelanggan Hotlink tidak dilupakan yang mana pelan pascabayar Hotlink dengan 5G adalah berharga RM70 sebulan dengan 70GB data 4G/5G dan 35GB data 5G bonus.



 

Sementara buat pelanggan prabayar Hotlink boleh mendapatkan 5G dengan Pas Hotlink Pantas daripada RM45 sebulan dengan 50GB data+25GB data 5G bonus atau serendah RM15 seminggu dengan 15GB data+10GB data 5G bonus.

Tambahan lagi, belia dibawah umur 24 tahun dapat menikmati pulangan tunai sebanyak 20% untuk pembelian mana-mana pas internet bulanan.

WiFi Kediaman (Home WiFi) Maxis 5G




Mana-mana pelanggan sedia ada dan juga baharu untuk WiFi Kediaman Maxis (Home WiFi) dengan pelan bulanan RM158 boleh menikmati kelajuan 4G/5G tanpa had yang mana pelan ini adalah termasuk penghala (router) 5G. Oleh itu, pelanggan tidak perlu membeli penghala 5G baharu.

Walau bagaimanapun, kesemua pelan yang akan ditawarkan ini boleh dinaik taraf melalui aplikasi Hotlink/Maxis dan dapat diketahui dengan lebih terperinci menerusi laman sesawang rasmi Maxis bermula esok (15 Ogos 2023) jam 12 tengah hari.

{suggest}