Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
maxis 5g

Maxis Komited Sediakan 5G, Akan Lancar Dalam Masa Terdekat

Diterbitkan Oktober 31, 2022 oleh Amalina Athman

Maxis kini memaklumkan pihaknya komited untuk memainkan peranan aktif dalam penyediaan 5G selaras dengan cita-cita digital kerajaan, serta menggunakan rangkaian Digital Nasional Berhad (DNB) bagi perkhidmatan 5G.

Syarikat telekomunikasi itu berkata, Maxis menanti peluang untuk membawa perkhidmatan dan penyelesaian 5G serta yakin untuk melancarkan 5G dalam masa yang terdekat.

Berkaitan

  • unifi: Pelan Prabayar Bulanan Dan Pascabayar Kini Sokong Rangkaian 5G
  • Rasmi: U Mobile Akan Sedia 5G Mulai November
  • Ini Senarai Peranti Yang Sokong 5G Untuk Unifi Mobile
  • Celcom 5G Bermula Esok, Akses Percuma Kepada Pengguna Bagi Semua Pelan Ini

Bagaimanapun, pihaknya masih menilai keperluan tadbir urus untuk Perjanjian Akses 5G dan komited untuk menyelesaikan perkara tersebut secepat mungkin.

Dalam pada itu, Maxis telahpun membangunkan kes penggunaan rentas industri dan menjalin perkongsian dengan pemain utama untuk perkhidmatan dan penyelesaian 5G.

Dinyatakan, seperti teknologi baharu yang lain, 5G juga akan menjadi sebahagian daripada Rangkaian Menyeluruh Maxis, selaras dengan komitmennya untuk membolehkan rakyat Malaysia sentiasa bersalinghubung.

Sumber: Maxis

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY