Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
unifi 5g 2

unifi: Pelan Prabayar Bulanan Dan Pascabayar Kini Sokong Rangkaian 5G

Diterbitkan Oktober 31, 2022 · Dikemas kini Oktober 31, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Laman web TM unifi telah mengemas kini laman web mereka di mana memaparkan pelan bulanan prabayar dan kesemua pelan pascabayar hadir dengan sokongan 5G.

Untuk prabayar, hanya pelan bulanan Bebas RM55 (kini RM35) yang menyokong 5G.

Bagi pascabayar pula, kesemua pelan daripada RM19 sebulan hingga RM79 hadir dengan sokongan 5G.

Official Store _ unifi Mobile Bebas Prepaid – Non Expiry Credit with High Speed Data

Jangan keliru seolah-olah ada 2 pelan pascabayar unifi berharga RM59. Satu pelan RM59 tanpa kontrak hadir dengan kuota 10GB 4G, manakala satu lagi RM79 yang tanpa kuota pula hanya menjadi RM59 jika berkontrak 12 bulan.

Tidak pasti terpakai untuk kesemua pelan atau tidak, namun pascabayar RM79 (RM59 berkontrak) dan pascabayar Bebas bulanan tidak mempunyai sebarang kuota untuk penggunaan 5G.

unifi Mobile Postpaid 5g

Sedikit peringatan jika anda belum maklum, 2 perkara anda perlu ada untuk menikmati rangkaian 5G ini peranti yang menyokongnya dan berada di kawasan yang mempunyai liputan 5G.

Klik SINI untuk semak liputan dan peranti yang sokong 5G unifi.

Berkaitan

  • Selepas 5G, YES Kini Tawar Pelan Tanpa FUP Bermula RM58 Sebulan
  • Yes: CEO Jawab Kenapa iPhone Belum Sokong Rangkaian 5G Mereka
  • Tidak Melabur Dalam DNB Tapi Akan Sediakan 5G, Ini Jawapan U Mobile
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • 12 Jenama Telefon Pintar Ini Sudah Tersedia Menyokong 5G Malaysia, Kecuali iPhone
  • Yes Buka 'Experience Store' Di Bukit Bintang, Lengkap Dengan Restoran Dan Kafe 5G
  • unifi Tanya "Bersediakah Anda Untuk 5G?" Selepas 7 Bulan Ditunda

Setakat ini, KL, Putrajaya, Cyberjaya, sesetengah kawasan di Johor, Melaka, Ipoh dan Pulau Pinang sudah ada rangkaian terbaru itu.

unifi menjadi penyedia telekomunikasi kedua selepas Yes menyediakan 5G untuk pelanggan mereka.

Sumber: unifi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY