Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei x Maxis MoU at MWC 2024

Maxis Dan Huawei Pacu Teknologi 5G-Advanced Di Malaysia Dan Asia Tenggara

Diterbitkan Mac 14, 2024 ยท Dikemas kini Mac 14, 2024 oleh ariff bukhari

Maxis Berhad (Maxis) dan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd (Huawei Malaysia) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk bekerjasama dalam program bagi mempercepatkan penerimagunaan 5G-Advanced (5.5G).

Kerjasama ini merangkumi pelbagai bidang untuk memacu pengkomersialan dan penggunaan 5.5G, termasuk kes penggunaan, teknologi-teknologi utama, evolusi teknologi, dan ekosistem.

Maxis dan Huawei juga akan mengkaji evolusi spektrum dan teknologi masa depan berkenaan 5.5G, dan memberi cadangan sejajar dengan kes bisnes dan kesediaan ekosistem yang diselaraskan dengan polisi Kerajaan Malaysia agar dapat memupuk perkembangan 5.5G di dalam negara.

Baru-baru ini, kedua-dua syarikat telah memperlihatkan pameran percubaan teknologi 5.5G atau 5G-Advanced yang pertama di Malaysia dan Asia Tenggara.

Maxis 5G Advanced

Percubaan tersebut termasuk ujian kelajuan langsung pengguna tunggal untuk menunjukkan keupayaan 5.5G untuk mencapai kelajuan puncak ultra pantas sehingga 8Gbps, menepati janji teknologi 5G-Advanced.

Berkaitan

  • Huawei MatePad Pro 13.2, Tablet Besar Dan Berkuasa Macam 'Laptop' Tapi Ringan
  • Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'
  • Ini Tiga Telefon Paling 'Trending' Dan Dicari-Cari Pada Tahun 2023
  • 'Microwave' Huawei Menangi Anugerah iF Design 2024

Sumber: Siaran media Maxis

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY