Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
platform strim

Filipina Kenakan Cukai 12% Ke Atas Platform Penstriman

Diterbitkan Oktober 7, 2024 ยท Dikemas kini Oktober 7, 2024 oleh ariff bukhari

Filipina telah memperluaskan cukai nilai tambah (VAT) 12% kepada penyedia perkhidmatan digital bukan pemastautin.

Ia selepas Presiden Ferdinand Marcos Jr. menandatangani Akta Republik 12023 menjadi undang-undang pada 2 Oktober, yang mengenakan VAT ke atas syarikat yang menawarkan perkhidmatan digital kepada pengguna Filipina, walaupun mereka tidak mempunyai kehadiran fizikal di negara itu.

Langkah itu bertujuan untuk menyelaraskan kutipan cukai ke atas transaksi digital daripada platform popular seperti Netflix, Amazon, HBO dan Disney+.

Malah laman sesawang membeli-belah seperti Shein juga akan dikenakan cukai, begitu juga dengan enjin carian dan penyedia awan seperti Amazon dan Google.

Undang-undang itu bagaimanapun tidak dianggap sebagai cukai baharu tetapi adalah mekanisme untuk meningkatkan kecekapan kutipan cukai dalam ekonomi digital yang semakin berkembang.

Langkah ini menyelaraskan Filipina dengan negara lain yang telah menggunakan langkah cukai yang serupa untuk memperoleh hasil daripada gergasi teknologi global dan platform digital.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Aplikasi Suntingan Video Di Windows Ini, Ada AI Dan Percuma Je
  • U Mobile Juarai Pengalaman Permainan 5G Global, Atasi 20 Telco Antarabangsa Yang Lain
  • Pengguna Android Mula Terima Ciri Anti Kecurian Baharu, Telefon Dicuri Tidak Boleh Dijual

Sumber: Philippine News Agency, Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY