Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
photo_2025-06-10 15.52.11

Masuk, Rakam, Keluar – Studio Podcast Tanpa Kru Pertama Di Dunia Kini Ada Di Singapura

Diterbitkan Jun 10, 2025 oleh Amsyar Latif

LFG Content Co., sebuah syarikat kreatif dari Singapura, telah melancarkan The LFG POD, studio audio siar (podcast) automatik dan tanpa kru pertama di dunia.

Studio ini direka khas untuk memudahkan pencipta kandungan, usahawan dan jenama menghasilkan kandungan berkualiti tinggi secara konsisten, mudah dan mampu milik tanpa perlu pengalaman teknikal.

photo_2025-06-10 15.41.35
photo_2025-06-10 15.41.37
photo_2025-06-10 15.41.38

The LFG POD beroperasi sepenuhnya secara automatik dengan sistem tempahan dan kawalan berasaskan aplikasi, dibangunkan bersama pasukan di sebalik The Gym Pod.

Studio Spectra Controls

Terletak di Esplanade MRT, ia menawarkan pengalaman rakaman profesional yang boleh digunakan sesiapa sahaja. Masuk, rakam, dan keluar, semuanya tanpa memerlukan kru produksi.

photo_2025-06-10 15.59.17

Dengan kelengkapan audio visual profesional, rakaman multi-kamera dan hasil akhir yang terus sedia dimuat naik, pengguna boleh menjana kandungan berkualiti dengan hanya SGD39 (~RM128) setiap 30 minit. Ia sesuai untuk pencipta kandungan individu, startup dan jenama digital yang perlukan penyelesaian produksi yang ringkas dan berkesan.

Diasaskan oleh Isaac Ho, JJ Ong, serta adik-beradik Jian Ming dan Jian Liang Wong, pasukan ini membawa gabungan pengalaman dalam strategi, pemasaran dan produksi. Misi mereka jelas di mana mahu membina alat dan ruang yang memperkasakan generasi pencipta kandungan masa kini.

Berkaitan

  • Sekarang Orang Buka TV Untuk YouTube, Bukan Lagi Saluran TV Biasa
  • Pelanggan YouTube Premium Lite Bakal Hadap Lebih Banyak Iklan
  • Jom Rebut iPad Percuma, Hanya Naik Taraf Unifi Sekarang

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Kapal Angkasa Apeiron, Bakal Bawa Pelancong Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
©2026 WISER.MY