Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kamera iPhone 14_2

Masalah Kamera iPhone 14 Pro Bergegar, Apple Akan Lepaskan Kemas Kini Minggu Depan

Diterbitkan September 20, 2022 ยท Dikemas kini September 20, 2022 oleh Amalina Athman

Sejak beberapa hari lalu, sebilangan pengguna iPhone 14 Pro dan Pro Max melaporkan masalah di mana kamera iPhone terbaharu itu bergegar dan mengeluarkan bunyi seperti dikisar apabila membuka kamera dalam aplikasi pihak ketiga seperti Snapchat, TikTok dan Instagram.

Terbaharu, Apple memaklumkan kemas kini perisian akan dilepaskan bagi membaik pulih isu tersebut. Dinyatakan, syarikat itu sedia maklum mengenai isu berkenaan dan baik pulih akan dilepaskan pada minggu depan.

Berkaitan

  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Apple Sahkan Pepijat Pada iPhone 14 Pro, Gagal Berfungsi Selepas Pindahkan Data
  • Kamera iPhone 14 Pro Dilaporkan Bergegar Dalam Aplikasi TikTok, Instagram Dan Snapchat
  • Apple Nyatakan 'Pop-Up' Akses Tampal Yang Kerap Muncul Pada iOS 16 Adalah 'Tidak Dijangka'

Terdahulu, apabila laporan mengenainya dikeluarkan, tidak jelas jika isu itu adalah berkaitan pepijat dalam perisian aplikasi pihak ketiga atau iOS 16, walaupun kamera utama iPhone berfungsi dengan baik.

Bagaimanapun, memandangkan Apple akan mengeluarkan kemas kini, ia bermakna masalah tersebut adalah berkaitan iPhone dan APInya sendiri dan bukan aplikasi pihak ketiga.

Kenyataan Apple tidak menyatakan dengan terperinci apa yang menyebabkan isu itu. Terdapat spekulasi bahawa ia berpunca daripada sistem penstabilan imej optik. Menurut laman web Apple, model asas iPhone 14, yang nampaknya tidak mengalami masalah ini, juga mempunyai sistem tersebut, tetapi kedua-dua model Pro menggunakan versi “generasi kedua” yang tidak terdapat pada model asas.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY