Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ALLOW PASTE

Apple Nyatakan ‘Pop-Up’ Akses Tampal Yang Kerap Muncul Pada iOS 16 Adalah ‘Tidak Dijangka’

Diterbitkan September 19, 2022 · Dikemas kini September 20, 2022 oleh Amalina Athman

Memetik laporan MacRumors, Apple kini telah memberikan maklum balas mengenai pop-up yang menjengkelkan dalam iOS 16, di mana ia meminta kebenaran kepada pengguna jika aplikasi ingin membenarkan akses tampal (paste) teks, imej dan banyak lagi, berulang kali.

Berkaitan

  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Apple Sahkan Pepijat Pada iPhone 14 Pro, Gagal Berfungsi Selepas Pindahkan Data
  • Kamera iPhone 14 Pro Dilaporkan Bergegar Dalam Aplikasi TikTok, Instagram Dan Snapchat

Secara asasnya, ia merupakan langkah privasi untuk pengguna, yang memerlukan aplikasi meminta kebenaran untuk akses tampal yang mungkin melibatkan data sensitif.

Bagaimanapun, pop-up yang muncul itu menjadi sesuatu yang menjengkelkan apabila sentiasa meminta kebenaran hampir setiap kali pengguna ingin menampal sesuatu ke aplikasi.

Berikutan itu, seorang pengguna telah menghantar e-mel kepada Tim Cook bagi membuat aduan mengenai permintaan kebenaran yang berterusan dan memberikan beberapa saranan kepada Apple.

Ron Huang, Pengurus Kanan Apple memaklumkan pop-up tersebut tidak sepatutnya muncul setiap kali pengguna ingin menampal teks dan sebagainya. Dinyatakan, “This is absolutely not expected behavior, and we will get to the bottom of it.”

Menjawab saranan akses tampalan yang harus ditambah dalam aplikasi Settings sebagai asas bagi setiap aplikasi, Huang berkata pihaknya akan membuat “peningkatan yang lebih baik”.

Pepijat akses salin dan tampal adalah salah satu daripada beberapa isu yang boleh diperbaiki oleh Apple dalam kemas kini akan datang, termasuk isu mengenai model iPhone 14 Pro yang menjadi gagal berfungsi selepas data dipindahkan daripada iPhone yang lebih lama.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY