Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Sahkan Pepijat Pada iPhone 14 Pro, Gagal Berfungsi Selepas Pindahkan Data

Apple Sahkan Pepijat Pada iPhone 14 Pro, Gagal Berfungsi Selepas Pindahkan Data

Diterbitkan September 18, 2022 ยท Dikemas kini September 18, 2022 oleh Amalina Athman

Umum mengetahui, siri iPhone 14 telah pun mula dijual untuk pasaran tertentu termasuk Amerika Syarikat, Kanada, China, Singapura dan sebagainya. Di Malaysia, siri iPhone 14 hanya akan dijual bermula 23 September.

Terbaharu, Apple memaklumkan pihaknya sedang melakukan pemeriksaan lanjut berhubung isu pepijat pada iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max, yang menyebabkan kedua-dua model itu membeku (freeze) selepas pengguna memindahkan data daripada iPhone lama.

Berkaitan

  • Siri iPhone 14 Pro - Berakhirnya Takuk, Satu-Satunya Dengan 'Always-On-Display'
  • Pra Tempah iPhone 14 Dibuka Bermula 16 September, Ini Senarai Harga
  • iOS 16 Sedia Untuk Dikemas Kini, Ini Senarai Model iPhone Yang Menyokongnya
  • Peratus Bateri Untuk 4 Model iPhone Dilapor Akan Hadir Dalam Kemas Kini iOS 16.1

Menurut laporan MacRumors, Apple mengesahkan sedia maklum mengenai isu tersebut dan sedang melakukan pemeriksaan lanjut. Secara spesifik, Apple berkata sesetengah pengguna mungkin mendapati model iPhone 14 Pro atau iPhone 14 Pro Max membeku dan gagal berfungsi (unresponsive) selepas memulihkan data dari iCloud atau memindahkan data daripada iPhone sebelumnya, semasa proses Quick Start.

Sebagai baik pulih sementara, Apple menyarankan pengguna untuk mematikan dan menghidupkan semula (restart) iPhone, jika ia masih membeku dan tidak bertindak balas dalam tempoh 5 minit.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY