Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
“Diella”, Menteri Janaan AI Pertama Di Dunia Bagi Elak Rasuah

“Diella”, Menteri Janaan AI Pertama Di Dunia Bagi Elak Rasuah

Diterbitkan September 12, 2025 · Dikemas kini September 12, 2025 oleh ariff bukhari

Perdana Menteri Albania, Edi Rama, pada Khamis mengumumkan pelantikan menteri kerajaan pertama di dunia yang dijana kecerdasan buatan (AI) untuk mengawasi tender awam, dengan janji bahawa AI ini akan menjadikannya “bebas rasuah”.

Dalam pembentangan kabinet baharu selepas kemenangan besar parti Sosialis pada pilihan raya Mei lalu, Rama memperkenalkan “anggota” bernama Diella — bermaksud “matahari” dalam bahasa Albania.

“Diella ialah anggota kerajaan pertama yang tidak hadir secara fizikal, tetapi dicipta secara maya melalui kecerdasan buatan,” kata Rama.

Diella diberi tanggungjawab penuh membuat semua keputusan berkaitan tender awam, dengan jaminan setiap dana awam yang melalui proses tersebut akan 100% telus dan bebas rasuah.

Dilancarkan pada Januari lalu, Diella pada asalnya merupakan pembantu maya berkuasa AI yang menyerupai seorang wanita berpakaian tradisional Albania, untuk membantu orang ramai menggunakan platform rasmi e-Albania bagi mendapatkan dokumen dan perkhidmatan kerajaan.

https://x.com/d_e_gX/status/1966140910758182967

Setakat ini, Diella telah membantu mengeluarkan 36,600 dokumen digital dan menyediakan hampir 1,000 perkhidmatan melalui platform tersebut, menurut data rasmi.

Rama, yang kini memegang penggal keempat, bakal membentangkan kabinet baharunya kepada parlimen dalam masa terdekat.

Memerangi rasuah, khususnya dalam pentadbiran awam, merupakan syarat utama dalam usaha Albania menyertai Kesatuan Eropah.

Rama menyasarkan negara Balkan berpopulasi 2.8 juta itu dapat menjadi ahli EU menjelang 2030. – AFP

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Dubai Uji Teknologi Imbasan Baharu, Laptop Tak Perlu Dikeluarkan Dari Beg
  • Garis Panduan Syariah Bagi Penggunaan AI Perlu Digubal - Menteri

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 3 Jam Pintar Bawah RM700
  • JomCharge Rancang Bangunkan 1,000 Stesen Pengecas EV Di Selangor Dalam 2 Tahun
  • Tourism Malaysia Dan Alipay+ Meterai MoU, Lancar Program Subsidi Pelancongan Eksklusif Berkuasa AI
  • Tune Protect Lancar TPXtra, Platform Insurans Dan Gaya Hidup Digital Terbaru
  • PC Anda Berisiko Hilang Akses Windows Update Jika Tidak Dikemas Kini
  • Kerajaan Perinci Pendekatan Baharu Tarif Elektrik Tahun Depan - TPM Fadillah
  • MyDigital ID Rancang Guna Kriptografi Pasca Kuantum - Persediaan Hadapi Ancaman Siber Komputer Kuantum
  • Pengguna iPhone Lebih Berisiko Menjadi Mangsa Scam Berbanding Android - Google
©2026 WISER.MY