Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
(Video) Manusia Cipta Rekod Dunia Baru, Tahan Nafas Dalam Air Hampir Setengah Jam

(Video) Manusia Cipta Rekod Dunia Baru, Tahan Nafas Dalam Air Hampir Setengah Jam

Diterbitkan Ogos 20, 2025 · Dikemas kini Ogos 20, 2025 oleh ariff bukhari

Penyelam bebas dari Croatia, Vitomir Maričić telah mencipta rekod dunia baharu selepas berjaya menahan nafas selama 29 minit 3 saat di dalam air dengan hanya sekali nafas.

Rekod ini sekali gus meletakkannya setanding dengan kemampuan mamalia laut seperti anjing laut dan ikan paus.

Pencapaian itu dilakukan di hadapan juri penyelaman bebas, AIDA di mana dia mengalahkan rekod sebelum ini dengan hampir 5 minit di mana rekod terdahulu dipegang oleh rakan senegaranya,  Budimir Šobat (24 minit 37 saat) dan sebelum itu David Blaine (17 minit 4 saat).

(Video) Manusia Cipta Rekod Dunia Baru, Tahan Nafas Dalam Air Hampir Setengah Jam

Untuk mencapai prestasi luar biasa ini, Maričić menggunakan teknik denitrogenasi dengan bernafas oksigen tulen selama 10 minit sebelum menyelam, yang meningkatkan tahap oksigen dalam darahnya sehingga lima kali ganda.

Walaupun dengan bantuan oksigen, kebanyakan manusia hanya mampu menahan nafas sekitar lapan minit.

Maričić menekankan bahawa aksi ini sangat berbahaya tanpa latihan profesional kerana risiko bernafas dengan oksigen bertoksik dan karbon dioksida yang boleh membawa maut.

Pencapaian baharu beliau ini sekali gus memahatkan namanya ke dalam Rekod Dunia Guinness.

Selain rekod ini, Maričić juga pernah memegang rekod menahan nafas tanpa oksigen selama 10 minit 8 saat serta rekod berjalan di bawah air sejauh 107 meter dengan sekali nafas.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2025/08/20105944/Video-599.mp4

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Projek Bumbung Solar Terbesar Di Kawasan Luar Bandar China Mula Beroperasi
  • (Video) Jepun Lancar Mesin Basuh Manusia Futuristik

Sumber: Daily Mail Online

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY