Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Manga Baharu Sehebat ‘Demon Slayer’ Dan ‘Jujutsu Kaisen’ Dilapor Akan Jadi Anime

Manga Baharu Sehebat ‘Demon Slayer’ Dan ‘Jujutsu Kaisen’ Dilapor Akan Jadi Anime

Diterbitkan Julai 15, 2024 · Dikemas kini Julai 15, 2024 oleh ariff bukhari

Jika anda menantikan pengganti kepada anime seperti ‘Demon Slayer’ dan ‘Jujutsu Kaisen’, penerbit Shohen Jump, Shueisha mungkin sudah ada penggantinya selepas Shueisha dilaporkan telah memfailkan tanda dagangan untuk manga berjudul “Kagurabachi” di bawah Kelas 41 yang meliputi perkhidmatan Pendidikan dan Hiburan.

Pemfailan itu sekali gus bermaksud Shueisha berkemungkinan berhasrat untuk menghasilkan adaptasi anime Kagurabachi.

Khabar angin itu dikongsikan di X oleh AnimeTsumi baru-baru ini.

https://x.com/AniTsumi/status/1811804302576615721?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1811804302576615721%7Ctwgr%5Efff5ed2805c3eebe0a852db3eab50e05d38e24c4%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fscreenrant.com%2Fkagurabachi-shonen-jump-hints-next-hit-anime%2F

Bagi anda yang mungkin pertama kali mendengar judul manga ini, Kagurabachi ialah siri manga Jepun yang ditulis dan diilustrasikan oleh Takeru Hokazono.

Ia mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Chihiro Rokuhira di masa mudanya menghabiskan hari-harinya berlatih di bawah bapanya yang merupakan seorang tukang pedang terkenal.

Tetapi tiba-tiba, tragedi melanda apabila bapanya maut selepas diserang oleh sekumpulan ahli sihir yang bertindak merampas 6 pedang mistik berkuasa yang dihasilkan bapanya.

Walau bagaimanapun, pedang mistik ke-7 terselamat dan dia mengunakan pedang itu bagi menuntut semula pedang yang dirampas dan menuntut bela kematian bapanya.

Anime Kagurabachi mungkin sempurna untuk mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan, beberapa siri popular Shonen Jump seperti Demon Slayer, My Hero Academia dan Jujutsu Kaisen yang telah menghampiri penghujung cerita.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Apex Legends Di Steam 'Dibanjiri' Ulasan Negatif Lepas Ubah Sistem 'Battle Pass'

Sumber: Screen Rant

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY