Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-07-15T114454.491

Apex Legends Di Steam ‘Dibanjiri’ Ulasan Negatif Lepas Ubah Sistem ‘Battle Pass’

Diterbitkan Julai 15, 2024 oleh Muhd Idham

Tidak sampai satu bulan sebelum musim ke-22 untuk permainan FPS Battle Royale, Apex Legends dilancarkan, popularitinya kini direkod turun secara mendadak dalam graf penarafan Steam disebabkan oleh beberapa faktor yang dijejaskan sendiri oleh pembangunnya, Respawn dan EA Sports.

Semuanya bermula pada 8 Julai 2024 yang lepas apabila Apex Legends menyiarkan satu gambar tentang pelan terbaru untuk pakej langganan Battle Pass yang mengandungi 110 peringkat keseluruhannya.

https://x.com/PlayApex/status/1810330029265420515?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1810330029265420515%7Ctwgr%5E5bd94ec044d5e1009244ae58b38413ba508e852c%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.theverge.com%2F2024%2F7%2F12%2F24197221%2Fapex-legends-battle-pass-incorrect-esports-payments

Untuk pengetahuan anda, pakej di atas dahulunya hanya perlu dibayar sekali sahaja dengan pembelian 950 Apex Coins untuk setiap langganan Battle Pass.

Kemudian, para pemain boleh melanggan pakej pada musim berikutnya secara percuma apabila selesai melengkapkan semua peringkat dan membayar pakej musim seterusnya dengan Apex Coins yang telah dikutip menerusi tebusan di dalam pakej Battle Pass.

Namun kini, itu semua akan menjadi sejarah apabila setiap pemain perlu membayar pakej ini dalam bentuk wang nyata untuk setiap separuh peringkat langganan (60 peringkat) dan bukannya untuk seluruh peringkat langganan.

Screenshot 2024-07-15 104511

Jumlah keseluruhan yang telah ditetapkan untuk langganan setiap musim selepas ini adalah USD29.98 (~RM140) dengan tambahan ganjaran berbentuk kekulit karakter dalam permainan dan akses semua karakter secara percuma sepanjang tempoh langganan.

Keistimewaan ini jelas tidak menguntungkan para pemain yang telah mempunyai akses kepada semua karakter dalam permainan ini dan hanya sekadar “menyewakan” karakter untuk pemain yang melanggan.

Screenshot 2024-07-15 101918

Bukan sahaja Apex Legends mendapat maklum balas yang mengecewakan daripada pemain biasa malah pemain profesional dari seluruh dunia juga beranggapan yang tindakan ini adalah tidak wajar kerana isu pepijat, permasalahan pelayan dan kegiatan penggodam masih lagi berleluasa sehingga mengganggu pencapaian di dalam mod ‘Ranked’ apatah lagi peringkat kejohanan.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Bersaiz Sebutir Beras, Peranti LED Baharu Guna Cahaya Untuk Matikan Sel Kanser Yang Sukar Dikesan
  • MCMC Dan PDRM Akan Teliti SOP Mudahkan Buat Aduan Buli Siber
  • Rapid KL Perkenal Pas MyCity 2 Hari
  • AMD Dakwa Teknologi Mereka Boleh Kecilkan Saiz Fail Permainan Sehingga 70%

Sumber: Steam

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY