Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
EDOTCO & KRSB forge partnership

EDOTCO & Kejuruteraan Rasshin Perkukuh Infrastruktur Telekomunikasi Di Sarawak

Diterbitkan Mac 4, 2025 oleh ariff bukhari

EDOTCO Malaysia dan Kejuruteraan Rasshin Sdn Bhd (KRSB) menjalinkan kerjasama strategik untuk mempercepat pembangunan infrastruktur telekomunikasi di Sarawak.

Majlis pemeteraian perjanjian strategik itu dibuat di acara pameran Mobile World Congress (MWC) 2025 yang sedang berlangsung di Barcelona.

EDOTCO & KRSB forge partnership 2
Majlis itu disaksikan oleh YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato’ Sri Haji Julaihi Narawi.

 

Kerjasama ini sejajar dengan Blueprint Ekonomi Digital Sarawak 2030, bertujuan memperkukuh rangkaian 4G dan 5G serta merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar.

KRSB, syarikat milik penuh Bumiputera Sarawak, mempunyai kepakaran dalam kejuruteraan mekanikal, elektrikal, serta infrastruktur telekomunikasi dan diiktiraf dengan pensijilan ISO 9001:2015.

Sebagai vendor berdaftar di bawah Sarawak Multimedia Authority (SMA), KRSB memainkan peranan penting dalam pembangunan infrastruktur digital negeri.

Kerjasama ini akan menyokong pembangunan bandar pintar, pendidikan digital, e-dagang, dan pendigitalan kerajaan, sekali gus meningkatkan keterangkuman dalam ekonomi digital.

EDOTCO akan membawa penyelesaian inovatif termasuk teknologi satelit orbit rendah dan akses tanpa wayar tetap (FWA) untuk menangani cabaran geografi dan kepadatan penduduk yang berbeza.

Fasa awal projek dari kerjasama ini akan menumpukan pada kawasan komersial, perindustrian, dan luar bandar dalam usaha mewujudkan asas kukuh untuk transformasi digital Sarawak.

Berkaitan

  • U Mobile Dan EDOTCO Umum Kerjasama Percepatkan Pelancaran 5G Di bawah Model Rangkaian Kedua
  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Midea Lancar Rangkaian Perkakas Rumah Pintar Baharu Di Malaysia

Sumber: Siaran media EDOTCO Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY