Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Malaysia Sedang Hadapi Cuaca Ekstrem, Dari Hujan Lebat Ke Musim Kering

Malaysia Sedang Hadapi Cuaca Ekstrem, Dari Hujan Lebat Ke Musim Kering

Diterbitkan Mac 11, 2026 · Dikemas kini Mac 11, 2026 oleh ariff bukhari

Malaysia kini sedang mengalami fenomena perubahan cuaca ekstrem yang dikenali sebagai “weather whiplash”, iaitu peralihan mendadak daripada hujan lebat kepada keadaan lebih kering.

Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) menjelaskan, perubahan ini dipengaruhi oleh faktor pemanasan global dan peralihan corak iklim serantau.

Perubahan ini dikaitkan dengan peralihan kepada fasa ENSO-neutral, yang dijangka bermula sekitar April dan berterusan sehingga Ogos.

Walaupun menerima hujan yang lebat,dunia mengalami peningkatan suhu kira-kira 1°C membolehkan atmosfera menampung lebih banyak wap air.

“Kesannya, kita merekodkan jumlah hujan menyamai taburan sebulan hanya dalam tempoh sehari (383mm dalam 24 jam berbanding purata bulanan ~200mm)” NAHRIM.

Walaupun kitaran monsun masih berlaku seperti biasa, ribut petir ketika tempoh peralihan monsun kini menjadi lebih kuat dan tidak menentu.

Menjelang pertengahan 2026, Malaysia dijangka mengalami taburan hujan di bawah paras normal.

Antara kawasan yang berpotensi terjejas ialah Sarawak, Johor dan Selangor, yang diramal mencatat penurunan hujan yang ketara.

Keadaan atmosfera yang lebih kering juga meningkatkan risiko jerebu serta kebakaran hutan dan tanah gambut.

Sehubungan itu, NAHRIM menasihatkan orang ramai untuk sentiasa peka terhadap amaran cuaca dan merancang aktiviti dengan lebih berhati-hati.

Malaysia Sedang Hadapi Cuaca Ekstrem, Dari Hujan Lebat Ke Musim Kering

Berkaitan

  • Kenali Saintis Malaysia Yang Namanya Diabadikan Pada Spesis Baharu Parasit Ikan Kap
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Hentaman Kapal Angkasa DART Berjaya Ubah Orbit Asteroid - NASA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY