Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tengku zafrul_facebook

Tiada Keputusan, Laporan Malaysia Terkait Kes Penipuan Cip AI Nvidia – Tengku Zafrul

Diterbitkan Mac 6, 2025 ยท Dikemas kini Mac 6, 2025 oleh Amalina Athman

Tiada keputusan ataupun laporan yang menunjukkan cip AI Nvidia dalam pelayan (server) dipindahkan ke Malaysia dari Singapura sebagaimana yang didakwa, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Pada masa ini, kita telah memulakan penyiasatan bersama-sama dengan agensi berkaitan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), MCMC dan pihak dari Amerika Syarikat. Buat masa ini tidak ada lagi keputusan ataupun laporan yang menunjukkan (perkara itu) memang ada.

Tengku Zafrul berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator Rita Sarimah Anak Patrick Insol mengenai langkah kerajaan dalam memastikan Malaysia tidak dipergunakan sebagai negara perantara atau pusat pengeksportan semula cip kecerdasan buatan (AI) serta peralatan pengeluaran semikonduktor canggih yang dilarang ke China, susulan terdapat dakwaan bahawa cip Nvidia telah dieksport semula melalui Malaysia ke republik itu.

Pada masa sama, beliau menegaskan kerajaan akan terus memantau sekiranya terdapat kemungkinan berlaku kes penipuan oleh syarikat pengimport pelayan, khususnya yang melibatkan cip tidak digunakan seperti dinyatakan dalam permohonan import barangan tersebut.

Sebelum ini, MITI dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan pihaknya sedang menyiasat dakwaan mengenai cip AI Nvidia dalam pelayan yang dikaitkan dengan kes penipuan dialihkan dari Singapura ke Malaysia.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • MITI Siasat Dakwaan Cip AI Nvidia Dipindahkan Dari Singapura Ke Malaysia
  • Malaysia Labur Lebih RM1 Bilion Untuk Akses Teknologi Cip ARM
  • Kerjasama Arm, Malaysia - Ini Kesannya Terhadap Ekonomi Dan Rakyat Malaysia

Sumber: BERNAMA

Gambar utama: Facebook/Tengku Zafrul

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY