Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Firma Israel Eksploitasi Kecacatan Keselamatan iPhone Bagi Mengintip Mangsanya

Malaysia Negara Ke-8 Paling Banyak Alami Kebocoran Data Setakat Suku Ke-3 2023

Diterbitkan Januari 31, 2024 ยท Dikemas kini Januari 31, 2024 oleh ariff bukhari

Dalam laporan keselamatan siber yang diterbitkan oleh Surfshark, Malaysia mempunyai tahap risiko keselamatan siber yang amat tinggi sebagai negara kelapan yang paling banyak alami kebocoran setakat suku ke-3 2023 dengan sebanyak 494,699 akaun telah dibocorkan.

Malah, insiden kebocoran data tertinggi adalah melibatkan sektor kerajaan pada separuh pertama 2023, membentuk 22% daripada semua insiden kebocoran data di negara ini.

malaysia data breaches landscape
Sumber: Cybersecurity Malaysia

Oleh sebab itulah, Synology Inc. hadir dalam industri dengan menawarkan penyelesaian pengurusan data yang mudah tapi selamat dan dipercayai.

Sebagai peneraju teknologi dalam ruang pengurusan dan perlindungan data, Synology menerusi salah satu servisnya, penyediaan perkakas Network Attached Storage (NAS) bersedia untuk menangani beberapa kebimbangan yang semakin meningkat mengenai ancaman keselamatan siber, melalui penggunaan penyelesaian NAS mereka.

Synology membantu pengguna memilih produk NAS yang bersesuaian dengan mereka sama ada untuk persendirian mahupun perniagaan berdasarkan pengaplikasian NAS seperti pilihan NAS sebagai hab multimedia, pelayan atau platform salinan data dan kapasiti pengguna.

Synology NAS

Selain servis storan NAS, Synology turut menawarkan pelbagai penyelesaian keselamatan dan pengurusan data kepada pengguna seperti kamera keselamatan, perlindungan data awan dan banyak lagi.

Untuk info lebih lanjut tentang produk-produk dari Synology, anda boleh layari laman rasmi Synology Inc.

Berkaitan

  • Jangan Terpedaya Dengan 'Scammer' Menyamar Sebagai Wakil Ninja Van
  • Waspada Dengan Panggilan "Pegawai MCMC"
  • Infinix SMART 8 Pro Kini Tersedia Dengan Harga RM399

Sumber: Siaran media Synology

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY