Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-01-31T095351.155

Infinix SMART 8 Pro Kini Tersedia Dengan Harga RM399

Diterbitkan Januari 31, 2024 oleh Muhd Idham

Baru-baru ini, khabar angin tentang kemasukan peranti telefon pintar mampu milik daripada syarikat Infinix ke pasaran Malaysia telah menjadi kenyataan dan sedia untuk fasa pembelian.

Screenshot 2024-01-31 101046

Untuk keluarannya di Malaysia, Infinix SMART 8 Pro ini dilengkapi dengan cip pemprosesan Helio G36 serta disokong oleh 4GB+4GB RAM dan 128GB storan.

Paparan yang digunakannya berupa skrin punch-hole 6.6 inci dengan kadar segar semula 90Hz dan kecerahan puncak 500 nits.

Tambahan pula, skrin telefon ini dilengkapi dengan ciri Magic Ring yang memaparkan status bateri semasa beserta notifikasi pemberitahuan.

Selain itu, telefon ini juga menggunakan dwi-kamera AI 50MP dan kamera swafoto 8MP.

Baterinya pula berkapasiti 5,000mAh dengan sambungan pengecasan USB-C.

Screenshot 2024-01-31 095816

Anda boleh dapatkan peranti ini di gedung rasmi dalam talian Infinix seperti Shopee, Lazada, TikTok Shop ataupun mana-mana cawangan yang terpilih dengan harga RM399.

Sehubungan dengan itu, para pembeli peranti SMART 8 Pro ini akan menerima promosi penghantaran percuma selama sebulan bermula 31 Januari 2024 hingga 29 Februari 2024.

Berkaitan

  • EOS Masters 2024 Tampilkan 17 Pakar Baharu, Ketengah Barisan Kamera Dan Lensa Sistem EOS R
  • Xiaomi 14 Ultra Dijangka Akan Dilancar Februari Ini
  • Kuo: Rekaan iPhone 16 Mungkin Tidak Banyak Berubah
  • Seakan Tuntut "Cerai", HarmonyOS Tidak Akan Lagi Sokong Aplikasi Berasas Android

Tambahan pula, Infinix Malaysia akan mengadakan strim secara langsung yang menampilkan Ahmad Zahry melakukan sesi unboxing untuk SMART 8 Pro ini di halaman rasmi TikTok Infinix Malaysia.

Strim itu akan berlansung pada 31 Januari 2024, jam 3 petang dengan tawaran giveaway satu unit SMART 8 Pro dan cenderahati Infinix kepada penonton yang bertuah.

Beli Infinix Smart 8 Pro di:

Shopee – https://invl.io/clknuin

Lazada – https://invol.co/clknuj2

Sumber: Siaran Media Infinix Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY