Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Scammer impersonate Ninja Van

Jangan Terpedaya Dengan ‘Scammer’ Menyamar Sebagai Wakil Ninja Van

Diterbitkan Januari 5, 2024 oleh Amalina Athman

Ninja Van Malaysia hari ini menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai scammer yang menyamar diri mereka sebagai pekerja atau wakil Ninja Van dan menyasarkan individu tertentu melalui aplikasi WhatsApp.

Berkaitan

  • Sejauh Mana Anda Boleh Elak 'Scam'? Cuba Kuiz Ini
  • Abaikan Panggilan Dari Pegawai Pusat Respon Scam Kebangsaan
  • Ini Tindakan Segera Yang Perlu Dilakukan Jika Rasa Seperti Kena 'Scam'

Menurut Ninja Van, scammer akan menghantar mesej kepada mangsa dengan menggunakan nombor telefon tempatan. Ia kemudiannya akan berpura-pura menjadi pekerja Ninja Van yang menghantar bungkusan dan meminta mangsa memuat turun fail .APK untuk mengesahkan bungkusan tersebut.

WhatsApp Scam Alert.PNG (2)

Syarikat kurier itu menegaskan tiada sebarang muat turun fail yang diperlukan untuk mengesahkan bungkusan mereka.

Lanjutan itu, pengguna diminta untuk mengabaikan mesej berkenaan dan tidak klik mana-mana pautan dan fail yang disertakan.

WhatsApp Scam Alert APK (1)

Dalam pada itu, Ninja Van turut menyarankan supaya pengguna mengamalkan langkah berjaga-jaga seperti berikut:

  • Elakkan muat turun fail atau pautan yang tidak diketahui.
  • Pastikan hanya memuat turun aplikasi daripada gedung aplikasi rasmi seperti Google Play Store dan Apple App Store.
  • Pastikan peranti dilindungi dengan melumpuhkan tetapan “Install unknown apps”.
  • Semak tanda-tanda penipuan.
  • Laporkan scammer kepada pihak berkuasa yang berkaitan.

Sumber: Siaran Media Ninja Van Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY