Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anwar Ibrahim_Sidec

Malaysia Kini Ada Pusat Ujian Cip Termaju, Pertama Di Asia Tenggara

Diterbitkan November 7, 2025 · Dikemas kini November 7, 2025 oleh Amalina Athman

Malaysia mencatat satu lagi kejayaan penting dalam industri semikonduktor dengan pelancaran Malaysia Semiconductor IC Design Park (IC Park 2) di Cyberjaya.

Fasiliti IC Design Park 2 turut menempatkan Pusat Ujian Cip Termaju, pusat pertama seumpamanya di Asia Tenggara yang dibangunkan bagi mempercepat peralihan Malaysia daripada pengeluaran kontrak kepada reka bentuk dan ujian cip tempatan bertaraf tinggi.

Memetik laporan Bernama, Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) berkata fasiliti itu menumpukan Pusat Pemeriksaan, Ujian dan Metrologi Cip Termaju (AIM), Pusat Reka Bentuk, Emulasi dan Prototaip Cip Termaju, Pusat Pengesahan Cip Termaju dan Robotik, serta Pusat Penyelidikan dan Latihan Cip Termaju.

Rakan kerjasama antarabangsa dan tempatan yang terlibat termasuk Arm, Synopsys, AWS, Shenzen Xinhou Research Centre dan lain-lain yang secara bersama akan membangunkan ekosistem makmal penyelidikan di bawah IC Design Park 2.

Menerusi infrastruktur canggih dan tenaga pakar industri global, pusat ini akan mempercepatkan kitaran pembangunan cip sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada fasiliti ujian luar negara.

Selain itu, Sidec berkata IC Design Park 2 merupakan kesinambungan daripada kejayaan IC Park pertama di Puchong yang dirasmikan Ogos 2024 dan kini menempatkan 14 syarikat dengan lebih 200 jurutera tempatan dan antarabangsa.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip AI Dan Semikonduktor
  • Malaysia Amal Pendekatan Berkecuali Dalam Akses Cip AI
  • Pulau Pinang Lancar Cip FPGA Pertama Negara

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY