Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
cip AI_

Malaysia Amal Pendekatan Berkecuali Dalam Akses Cip AI

Diterbitkan November 6, 2025 · Dikemas kini November 6, 2025 oleh Amalina Athman

Malaysia mengambil pendekatan berkecuali, inklusif dan berpaksikan kepentingan strategik negara bagi memastikan industri domestik, khususnya pusat data, dapat memanfaatkan kemajuan teknologi terkini.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjelaskan pendekatan itu turut merangkumi akses cip kecerdasan buatan (AI) yang dibangunkan oleh blok ekonomi utama dunia seperti Amerika Syarikat (NVIDIA) dan China (Huawei Ascend).

“Matlamat utama kerajaan adalah untuk memastikan syarikat dan industri termasuk pusat data yang berpangkalan di Malaysia mempunyai akses yang terkawal, berdaya saing serta selamat kepada cip dan platform AI global, sambil mengekalkan keselamatan serta kedaulatan data negara,” kata MITI menerusi jawapan lisan di laman rasmi Parlimen bertarikh 5 November.

MITI berkata demikian bagi menjawab soalan mengenai strategi kementerian untuk memastikan industri pusat data di Malaysia boleh menggunakan cip AI dari AS dan China.

Bagi mencapai objektif, kementerian itu berkata beberapa strategi utama sedang dan akan dilaksanakan, selaras dengan aspirasi Pelan Strategik Semikonduktor Kebangsaan (NSS) serta agenda transformasi digital negara.

Dalam usaha memastikan persekitaran perdagangan yang lebih selamat dan telus, MITI juga menetapkan bahawa semua aktiviti eksport, transit dan pemindahan cip AI perlu mendapatkan permit khas di bawah Akta Perdagangan Strategik 2010 (STA 2010), berkuat kuasa 14 Julai 2025.

Pada masa sama, kerajaan turut melaksanakan dasar kedaulatan AI yang menekankan pembangunan keupayaan tempatan, serta menjalin kerjasama dengan syarikat teknologi global serta rakan dagang utama bagi memperkukuh akses pasaran dan pemindahan teknologi.

Berkaitan

  • Malaysia Wajibkan Permit Eksport Untuk Cip AI Berprestasi Tinggi Dari AS
  • ARM Latih 10 Ribu Jurutera Tempatan, Sasar Cip Rekaan Malaysia
  • MARS1000 - Cip AI Pertama Buatan Malaysia
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY