Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kuala Lumpur city

Malaysia Diiktiraf Destinasi Pelancongan Ke-8 Paling Selamat Di Dunia

Diterbitkan Disember 18, 2024 ยท Dikemas kini Disember 18, 2024 oleh ariff bukhari

Cukup membanggakan apabila Malaysia telah dinobatkan sebagai destinasi pelacongan paling selamat di Asia mengatasi negara Asia yang lain.

Ia berdasarkan laporan Book Retreats mengeluarkan Laporan Relaksasi Percutian, yang memperincikan destinasi terbaik di seluruh dunia di mana pengembara boleh mencari kedamaian dan ketenangan.

Menurut laporan itu, Malaysia berada di tangga ke 8 di dunia bagi kategori Destinasi Percutian Terbaik untuk Keselamatan di mana Malaysia adalah satu-satunya negara Asia yang tersenarai dalam kategori tersebut.

Ini sekali gus menjadikan Malaysia sebagai destinasi percutian paling selamat di rantau Asia.

Destinasi Percutian Terbaik untuk Keselamatan

Untuk menentukan destinasi percutian paling santai di dunia, BookRetreats.com membandingkan 76 negara merentasi lima dimensi utama: keselamatan, kesunyian, ketenangan, alam semula jadi dan kesejahteraan.

Malaysia juga menduduki tempat ke-20 dalam senarai keseluruhan destinasi terbaik untuk ketenangan, mendapat markah tinggi untuk kedamaian, ruang luar yang banyak, aktiviti kesihatan dan biodiversiti.

Destinasi Percutian Terbaik untuk Keselamatan 1

Berkaitan

  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat
  • Tripzilla Nobatkan Malaysia Sebagai Destinasi Terbaik 2024
  • Google Pixel Kini Ada Ciri Pengecasan Baharu, Ini Cara Aktifkannya

Sumber: Book Retreats

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY