Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pixel bateri

Google Pixel Kini Ada Ciri Pengecasan Baharu, Ini Cara Aktifkannya

Diterbitkan Disember 18, 2024 · Dikemas kini Disember 18, 2024 oleh ariff bukhari

Menerusi kemas kini terbaru yang dilancarkan Google baru-baru ini, pengguna telefon pintar Android Pixel kini boleh mengaktifkan ciri pengecasan baharu yang dikenali sebagai pengecasan pintasan (bypass charging).

Ciri ini membolehkan telefon Android menarik kuasa secara langsung dari soket kuasa dan bukannya dari bateri.

Jadi, untuk mengaktifkan ciri ini, pengguna Android perlu mengaktifkan tetapan baharu yang diperkenal dalam Tetapan Bateri peranti itu terlebih dahulu.

Pixel bateri optimum
Contoh untuk pengguna Pixel, anda perlu menetapkan tetapan Limit to 80% pada bateri untuk mengaktifkan ciri pengecasan pintasan ini.

Dengan ciri pengecasan pintasan didayakan, telefon pintar tersebut hanya akan menarik kuasa sebanyak yang diperlukan oleh komponen dalaman untuk berfungsi.

Ini bermakna kuasa daripada penyesuai pengecasan disalurkan terus ke pemproses, paparan dan komponen lain telefon.

Dengan adanya ciri pengecasan pintasan ini, ia mengetepikan atau memintas bateri. Ringkasnya, bateri telefon anda tidak dicas atau dinyahcas pada masa ini.

Berikut adalah senarai telefon pintar Android yang sudah tersedia menyokong ciri tersebut:

  • Google: Siri Pixel 6 hingga Pixel 9. Pastikan anda mengemas kini peranti dan buka Settings > Battery > Charging Optimization > “Limit to 80%”.
  • Samsung: Kebanyakan telefon dan tablet Samsung terbaru daripada Galaxy A35 hingga siri Galaxy S24 menyokong pengecasan pintasan menerusi aplikasi Game Launcher. Kemudian pergi ke menu Game Booster, dan dayakan Pause USB Power Delivery. Tetapan ini hanya berfungsi sepanjang tempoh sesi permainan dan telefon akan mula mengecas sebaik sahaja anda keluar dari aplikasi tersebut.
  • ASUS: ROG Phone 3 adalah yang pertama menampilkan ciri pengecasan pintasan, yang boleh diakses melalui aplikasi ASUS Game Genie. Zenfone 11 Ultra dan ROG Phone 9 terbaharu juga menyokong ciri terbaru ini.
  • Sony: Barisan Xperia menyokong pengecasan pintasan di bawah tetapan “Heat Suppression Power Control” yang terdapat dalam aplikasi Game Enhancer.
  • Infinix: Infinix Hot 40 Pro dan model 2022 dahulu turut menyokong pengecasan pintasan sebagai sebahagian daripada Game Mode dalam aplikasi Game Zone.
  • IQOO: IQOO 13 sudah menyokong pengecasan pintasan ini.

Peranti seperti Xiaomi Black Shark 5 dan nubia REDMAGIC 9 Pro juga menyokong pengecasan pintasan.

Pengguna Android yang lain juga boleh menyemak dengan mengemas kini peranti masing-masing kepada versi Android terkini dan lihat sama ada peranti sudah menerima ciri baharu ini.

Berkaitan

  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda
  • Ini 10 Aplikasi iOS Dan Android Percuma Paling Popular Di Malaysia
  • realme C75 Dengan Penarafan IP66/68/69 Dijual Pada Harga RM699

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY