Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Malaysia Akan Kurangkan Penjanaan Tenaga Dari Arang Batu Secara Berperingkat

Malaysia Akan Kurangkan Penjanaan Tenaga Dari Arang Batu Secara Berperingkat

Diterbitkan Oktober 9, 2024 oleh ariff bukhari

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan bahawa Malaysia akan mengurangkan penjanaan arang batu secara berperingkat dan tiada stesen jana kuasa elektrik arang batu baharu akan dibuka.

“Kita akan beralih daripada arang batu. Penjanaan arang batu akan dihentikan secara berperingkat dan tiada stesen jana kuasa arang batu baharu akan diwujudkan… mengurangkan kebergantungan kepada arang batu adalah penting untuk mengehadkan pemanasan global.”

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Clean Energy Transition Asia (CETA) Summit 2024 bersempena dengan International Greentech and Eco Product Exhibition and Conference Malaysia (IGEM) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Beliau menyatakan, usaha itu seiring dengan komitmen negara untuk beralih kepada sistem tenaga karbon rendah, menjauhi bahan api fosil dan menerima alternatif tenaga yang lebih bersih dan mampan.

Menteri itu berkata lagi, apabila permintaan global terhadap elektrik hijau meningkat, Malaysia bersedia merebut peluang ini dan berhasrat menarik lebih banyak pelaburan asing yang akan memacu ekonomi hijau negara.

Berkaitan

  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Samsung Mohon Maaf Kepada Semua Kerana Kurang Inovasi
  • Harga Bateri EV Dijangka Turun Hampir 50% Menjelang 2026 - Goldman Sachs

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY