Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Buat Pertama Kali, Bilangan EV Kini Atasi Jumlah Kenderaan Petrol Di Norway

Harga Bateri EV Dijangka Turun Hampir 50% Menjelang 2026 – Goldman Sachs

Diterbitkan Oktober 9, 2024 ยท Dikemas kini Oktober 11, 2024 oleh ariff bukhari

Kemajuan teknologi yang meningkatkan ketumpatan tenaga bateri kenderaan elektrik (EV) serta penurunan harga logam dijangka akan menurunkan harga bateri lebih daripada jangkaan sebelumnya, menurut Goldman Sachs Research.

Menurut pemerhatian firma itu, harga purata global bateri menurun dari $153 (~RM655) per kilowatt-jam (kWh) pada 2022 kepada $149 (~RM638) pada 2023, dan dijangka turun kepada $111 (~RM475) menjelang akhir tahun ini.

Goldman Sachs meramalkan harga bateri boleh jatuh kepada sekitar $80/kWh menjelang 2026, penurunan hampir 50% dari 2023, di mana kos pemilikan EV akan setara dengan kereta petrol di AS tanpa subsidi.

harga bateri EV

Mengulas lanjut mengapa penurunan harga bateri EV ini berlaku lebih pantas dari jangkaan, Nikhil Bhandari, ketua bersama Penyelidikan Sumber Asli dan Tenaga Bersih Asia-Pasifik Goldman Sachs Research menjelaskan, ia didorong oleh 2 faktor utama.

Pertama adalah inovasi teknologi dan penurunan harga logam bateri di mana produk bateri baru menawarkan 30% lebih tinggi dalam ketumpatan tenaga dan kos yang lebih rendah.

Selain itu, harga logam seperti litium dan kobalt, yang menyumbang hampir 60% daripada kos bateri, telah menurun.

Sekitar 40% daripada penurunan kos bateri dari 2023 hingga 2030 dijangka disebabkan oleh penurunan harga komoditi, setelah inflasi yang tinggi dari 2020 hingga 2023.

Jadi, adakah ini bermakna EV akan boleh dimiliki pada harga yang lebih rendah pada masa hadapan?

Lontarkan pendapat anda di ruang komen.

Berkaitan

  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Ini Senarai 10 Syarikat Pembuat Bateri EV Terbesar Di Dunia Sehingga Ogos 2024
  • Samsung Mohon Maaf Kepada Semua Kerana Kurang Inovasi

Sumber: Goldman Sachs

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY