Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Malaysia Airports_1 (1)

Malaysia Airports Sahkan Insiden Serangan Siber, Operasi KLIA Tidak Terjejas

Diterbitkan Mac 26, 2025 · Dikemas kini Mac 26, 2025 oleh Amalina Athman

Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) mengesahkan ancaman keselamatan siber yang menjejaskan sistem komputer tertentu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), telah dikesan pada 23 Mac 2025.

Dalam kenyataan bersama, MAHB menjelaskan pihak berkuasa berkaitan, termasuk Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), telah dimaklumkan bagi menilai jenis dan skala insiden itu.

“Malaysia Airports memberi jaminan kepada semua pihak berkepentingan bahawa mengekalkan operasi lapangan terbang tetap menjadi keutamaan kami. Kami bekerjasama dengan rakan kongsi di lapangan terbang untuk memastikan operasi penerbangan dan pemprosesan penumpang berjalan seperti biasa“, kata Pengarah Urusan MAHB Dato’ Mohd Izani Ghani.

MAHB turut memaklumkan bahawa pasukan teknikal dan operasi kini sedang memantau situasi secara aktif serta melaksanakan langkah-langkah keselamatan yang diperlukan bagi melindungi infrastruktur dan memastikan pengalaman penumpang tidak terjejas.

Sementara itu, Ketua Eksekutif NACSA Ir. Dr. Megat Zuhairy Megat Tajuddin berkata pihaknya telah mengikuti perkembangan tersebut dengan teliti sejak menerima laporan MAHB pada 23 Mac.

Kami memahami bahawa operasi di KLIA tidak terjejas, dan akan terus memantau keadaan serta memberi sokongan kepada Malaysia Airports.

Terdahulu, Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim mendedahkan sistem digital MAHB telah mengalami serangan siber, di mana penggodam menuntut bayaran sebanyak USD10 juta (~ RM44.4 juta).

Berkaitan

  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • Kementerian Digital Bakal Perkenal Sistem Perisikan Pantau Aktiviti Jual Data Peribadi
  • Laporan: Malaysia Catat Kebocoran Data Tertinggi, Panggilan Scam Melonjak 82.81%
  • PM Dedah Sistem MAHB Alami Serangan Siber, Penggodam Tuntut Lebih RM40 Juta

Sumber: Malaysia Airports

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY