Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kementerian Digital Bakal Perkenal Sistem Perisikan Pantau Aktiviti Jual Data Peribadi

Kementerian Digital Bakal Perkenal Sistem Perisikan Pantau Aktiviti Jual Data Peribadi

Diterbitkan Februari 18, 2025 oleh Amalina Athman

Kementerian Digital bakal memperkenalkan satu sistem perisikan yang pertama seumpamanya di negara ini untuk memantau aktiviti penjualan data peribadi di laman web gelap (dark web).

Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata sistem yang akan diperkenalkan pada suku kedua tahun ini, dinamakan sebagai Projek Keupayaan Automasi Sokongan Perisikan Bagi Pengurusan Kes Ketirisan Data Peribadi.

Projek ini dibangunkan berikutan peningkatan kebimbangan terhadap isu penjualan dan transaksi data peribadi melalui platform beli-belah dalam talian termasuk laman sesawang gelap. Ini merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Digital, melalui Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi (PDP), dalam menangani krisis keselamatan digital global yang semakin membimbangkan.

Gobind berkata pada masa yang sama, Kementerian Digital melalui Pesuruhjaya PDP juga giat meningkatkan aktiviti penguatkuasaan, memperhebat program advokasi serta menaik taraf perisian, aplikasi dan keselamatan, yang diguna pakai dalam mengawal selia undang undang keselamatan data peribadi.

Antaranya termasuk serbuan di syarikat serta organisasi yang memproses data peribadi dengan transaksi komersial berdasarkan aduan pelanggaran data dan insiden siber yang berlaku, serta membuka pejabat Pesuruhjaya PDP di beberapa lokasi seluruh negara bermula di Zon Sabah dan Sarawak.

Selain itu, Pesuruhjaya PDP juga akan melaksanakan Projek Pensijilan Information Security and Privacy Management System (ISPMS) berlandaskan Standard ISO/IEC 27001 pensijilan Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) dan ISO/IEC 27701 Privacy Information Management System (PIMS).

Beliau menjelaskan langkah itu bagi memastikan keselamatan perisian, aplikasi, sistem maklumat dan privasi entiti pengawal selia Akta 709 sentiasa berada pada tahap optimum mengikut piawaian antarabangsa.

Berkaitan

  • Kementerian Digital Cadang Tubuh Suruhanjaya Data
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Isu Kelewatan MyDigital ID, Rangkaian 5G Kedua Dijangka Selesai Secepat Mungkin - Gobind
  • Kerajaan Kaji Impak Platform DeepSeek Kepada Malaysia - Gobind Singh

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY