Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PM anwar_hari polis ke 218

PM Dedah Sistem MAHB Alami Serangan Siber, Penggodam Tuntut Lebih RM40 Juta

Diterbitkan Mac 25, 2025 oleh Amalina Athman

Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim mendedahkan sistem digital Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah mengalami serangan siber baru-baru ini, dengan penggodam menuntut bayaran sebanyak USD10 juta (~RM44.4 juta).

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa kerajaan tidak tunduk dengan ugutan itu, selain menyatakan keperluan meningkatkan sistem negara melalui peruntukan tambahan kepada beberapa agensi, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM).

Semalam kita bicara tentang serangan siber dan hacking, dan agak berat terhadap MAHB. Jadi, perbincangan bagaimana menyelesaikan, termasuk tuntutan daripada penggodam untuk memperolehi USD10 juta atau sebagainya…saya tak tunggu lima saat. Saya terus jawab “No”.

Tiada perincian lanjut yang didedahkan oleh beliau mengenai serangan siber terhadap sistem MAHB.

Sementara itu, MAHB setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkenaan isu tersebut.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Kementerian Digital Bakal Perkenal Sistem Perisikan Pantau Aktiviti Jual Data Peribadi
  • Selepas 'Phishing', Kini Muncul Pula Serangan Siber 'Mishing'
  • Laporan: Malaysia Catat Kebocoran Data Tertinggi, Panggilan Scam Melonjak 82.81%

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY