Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screen Shot 2018-09-24 at 2.24.33 PM

Malaysia Airlines Jalin Usaha Sama Dengan Amadeus Untuk Sedia Tempahan Chatbot

Diterbitkan September 24, 2018 oleh Helmi Samsuri
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) – Malaysia Airlines Bhd menjalin usaha sama dengan Amadeus bagi memperkenal MHchat, chatbot tempahan penerbangan, yang membantu pengguna menempah penerbangan dan membayar menggunakan aplikasi media sosial Facebook Messenger.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Izham Ismail berkata syarikat penerbangan nasional itu komited untuk terus meningkatkan pengalaman pelanggannya.

“Strategi transformasi digital menjadi pilihan, dengan kami terus memanfaatkan teknologi baharu dan inovatif untuk meningkatkan semua titik sentuhan untuk tetamu kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Naib Presiden Eksekutif Syarikat Penerbangan Amadeus Asia Pasifik, Cyril Tetaz, berkata MHchat merupakan bukti mengenai komitmen syarikat penerbangan untuk mengembangkan saluran digitalnya.

“Ketangkasan penting ketika mengusahakan penyelesaian digital yang inovatif, dan bekerja sama dengan Malaysian Airlines, kami telah menyampaikan platform inovatif ini dalam tempoh tiga bulan. Banyak syarikat penerbangan memulakan inisiatif transformasi pemulihan, didorong oleh kehendak sebenar untuk menangani persaingan selain meningkatkan pengalaman pelanggan,” katanya.

Melalui Facebook Messenger, pelanggan Malaysia Airlines boleh menggunakan MHchat untuk mendapatkan maklumat mengenai penerbangan dan tempahan.

Pelancong juga boleh menyelesaikan transaksi, membuat bayaran yang selamat dan menerima jadual perjalanan dalam aplikasi yang sama.

– BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY